NIBONG TEBAL: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan membentangkan kertas dasar berhubung penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig kepada Kabinet bulan ini.
Menteri berkenaan Steven Sim Chee Keong berkata laporan kajian awal mengenai cadangan penubuhan suruhanjaya itu telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan lepas bagi mendapatkan input daripada Jemaah Menteri untuk penambahbaikan terhadap kerangka kerja sebelum ini dan akan membentangkannya sekali lagi dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.
"Selepas pembentangan (kajian awal) bulan lepas, maka ia kembali di pihak Kesuma untuk kita menambah baik, mengambil kira pandangan daripada input-input Jemaah Menteri pada hari itu.
"Pada bulan ini, mungkin dalam masa satu dua minggu lagi, kita akan membentangkan satu kertas dasar tentang penambahbaikan yang telah dilakukan, bagaimana boleh memberikan perlindungan kepada pekerja sektor gig terutama dalam tiga aspek utama iaitu dari segi pampasan upah yang lebih baik, keduanya dari segi perlindungan keselamatan sosial dan yang ketiga dari segi mekanisme kilanan.
"Ini baru di peringkat awal, maka ia tertakluk kepada kelulusan jemaah menteri dan (sekiranya diluluskan di peringkat jemaah menteri nanti) mungkin ia akan melibatkan pindaan atau gubalan undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita pada Majlis Meraikan Peluncuran Tajaan Kepada e-Hailing dan p-Hailing Zon Utara di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Sim berkata pekerja gig tidak termasuk dalam definisi pekerja dalam akta, justeru sebarang aduan tidak boleh dibuat kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kerana mereka hanya mengambil aduan daripada pekerja yang didefinisi sebagai pekerja mengikut Akta Kerja 1955.
Sehubungan itu beliau berkata pihaknya akan melihat semula apakah definisi terbaik untuk mengklasifasikan golongan itu pada masa depan.
"Berdasarkan sesi libat urus yang dibuat, mereka pun tidak mahu didefinisikan sebagai pekerja konvensional, jadi apa yang sedang dibuat adalah kita akan mengambil tanda aras negara-negara serantau serta amalan terbaik seluruh dunia dan memperincikan kepada kesesuaian untuk pelaksanaan di negara kita," katanya.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig dapat disegerakan bagi melindungi hak pekerja gig yang kini sudah mencecah 1.12 juta orang terutama dalam kalangan anak muda.
Sementara itu, Sim berkata setakat 21 Jun lepas seramai 648,657 individu telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Daripada jumlah itu, 5,787 adalah pemandu e-hailing dan p-hailing Zon Wilayah Utara yang merupakan pencarum aktif di bawah inisiatif tajaan oleh Grab Malaysia kepada lebih 180,000 rakan pemandu danpenghantar kendalian mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong bercakap pada media selepas majlis meraikan peluncuran tajaan kepada E-Hailing dan P-Hailing Zon Wilayah Utara di Bukit Jawi Golf Resort hari ini.- Foto Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kesuma bentang kertas dasar penubuhan Suruhanjaya GIG kepada Kabinet bulan ini
Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan kertas dasar berhubung penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig kepada Kabinet bulan ini.

PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.

Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.

Kesuma, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Kesuma bersama Universiti Malaya sedang menjalankan kajian bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

PM Anwar setuju wujudkan suruhanjaya untuk lindungi pekerja gig
Salah satu peranan utama suruhanjaya berkenaan adalah untuk melindungi hak pekerja gig, terutamanya dalam kalangan anak muda.