KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan dirinya telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Dalam catatan terbaharu di laman media sosialnya, Exco Kemajuan Desa, Pertanian, dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka itu berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, penahanan itu dilakukan sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Menurut catatan di Facebooknya, beliau dijadual memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Sabtu.
“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.
"Insya-Allah, saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita," katanya ringkas menerusi laman sosial itu.
Difahamkan, Dr Muhamad Akmal mempunyai program di Kota Kinabalu sebelum penahanannya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin menjadi sasaran banyak pihak susulan seruan memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart yang terpalit kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Sebelum ini, aktivis politik dari Sarawak dan Sabah mahu Dr Muhamad Akmal dan empat yang lain dilarang memasuki kedua-dua negeri Borneo itu.
Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands’ (Mopot) menggesa Sarawak melarang beberapa individu daripada memasuki wilayah tersebut.
Kedua-dua persatuan itu mendakwa, Dr Muhamad Akmal menjadi dalang peningkatan ketegangan kaum dan agama, serta perselisihan sosial di negara ini.
Firdaus Azil, Afiezy Azaman
Fri Apr 05 2024

Sebelum ini, aktivis politik dari Sarawak dan Sabah mahu Dr Muhamad Akmal (gambar) dan empat yang lain dilarang memasuki kedua-dua negeri Borneo itu. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.

Teresa Kok saman fitnah Akmal Saleh isu halal
Naib Presiden DAP, Teresa Kok memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lalu, berhubung isu sijil halal.

Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi

Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ditahan polis
Berdasarkan video yang tular di media sosial, penahanan itu dilakukan sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat
Ia melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.

'Jangan jadi lembu dicucuk hidung' - Ketua Pemuda UMNO
Dr Muhamad Akmal membidas kenyataan Pengarah Komunikasi AMK supaya mengelak atau tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

'Mansuhkan dulu skim pencen wakil rakyat' - Akmal Saleh
Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat!

Isu beras: 'Saya tidak akan berganjak walau seinci' - Akmal
Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan kuasa yang dimiliki beliau bukan untuk diri sendiri sebaliknya demi kepentingan rakyat.

Tindakan keluar parti tidak rencat perjuangan Pemuda UMNO - Akmal Saleh
Pemuda UMNO akan terus istiqamah dalam meneruskan dan menggalas tanggungjawab diberikan untuk memperkukuhkan parti.