KOTA KINABALU: Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk M Chandrasekaran, meninggal dunia di sini awal pagi ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkata itu dan jasad mendiang telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas di sini, untuk proses bedah siasat.
Jauteh berkata berdasarkan maklumat diperolehi setakat ini mendiang pergi sekitar pukul 8 pagi tadi dan punca kematian masih belum dapat dipastikan.
"Saya dan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengucapkan takziah kepada keluarga," katanya ketika dihubungi hari ini.
Chandrasekaran yang bertugas dengan PDRM sejak 1994, pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu antara 2014 hingga 2018, dan mendiang meninggalkan seorang isteri serta dua anak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024

Berdasarkan maklumat diperolehi setakat ini mendiang meninggal dunia sekitar pukul 8 pagi tadi dan punca kematian masih belum dapat dipastikan. - Foto FB ESSCOM
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM meninggal dunia
Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk M Chandrasekaran, meninggal dunia di Kota Kinabalu pagi ini.