KUCHING: Bukan hanya flora dan fauna, tetapi Sarawak juga kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya menjadikan ia sebuah negeri yang unik dalam menggambarkan masyarakat pluralis dengan nilai toleransi tinggi.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kedua-dua ciri berkenaan adalah kekuatan utama Sarawak dalam menarik pengunjung ke negeri itu.
"Budaya, pengembaraan, alam sekitar dan pesta makanan adalah yang kami ketengahkan. Kami ingin meneruskannya kerana saya perhatikan ramai yang datang ke Sarawak untuk tujuan itu.
"Contohnya, orang Brunei datang untuk menikmati makanan dan perayaan di Miri atau Bintulu kerana mereka tidak dapat menemukan perkara sedemikian di Brunei," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, matlamat untuk menarik empat juta pelancong ke Sarawak pada 2024 adalah teras kepada visi strategik pelancongan negeri, sambil menambah negeri itu mencatatkan lebih 3.5 juta ketibaan pelancong tahun lepas.
"Bagaimana kita membawa masuk mereka ini, mesti ada tujuan tertentu. Kita mesti adakan festival muzik, pesta kebudayaan, pesta makanan selain penganjuran acara sukan dan pelancongan perubatan," katanya.
Dalam usaha mencapai sasaran empat juta pelancong ke Sarawak tahun ini, strategi pelancongan tertumpu kepada menjadikan Sarawak sebagai hab ekopelancongan, dengan memberi penekanan kepada amalan yang bertanggungjawab dan mampan.
Bagaimanapun, Abdul Karim berkata, untuk menarik pelancong, tumpuan harus diberikan kepada memenuhi keperluan demografi yang cenderung mempunyai perbelanjaan besar dan penginapan yang lebih lama.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Salleh Askor berkata, pihaknya mengambil langkah dan strategi lebih berani serta agresif dalam memasarkan negeri itu di peringkat antarabangsa bagi persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.
Beliau berkata, strategi STB tertumpu kepada ekopelancongan, mengutamakan pengalaman unik dan bertanggungjawab, yang melibatkan penekanan pembangunan infrastruktur mampan untuk mengimbangi pertumbuhan pelancongan dengan keindahan semula jadi rantau ini dan meminimumkan kesan alam sekitar.
Beliau menjelaskan bahawa matlamatnya adalah untuk menggalakkan pelancong mengambil bahagian dalam pengalaman dan inisiatif budaya selain memupuk rasa tanggungjawab serta pemilikan warisan semula jadi dan budaya Sarawak.
"Sebagai sebahagian daripada strategi, kita telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk bekerjasama dengan rakan antarabangsa dan meningkatkan pengiktirafan global kami.
"Sebagai contoh, baru-baru ini kita melancarkan kempen United Kingdom with National Traveller (UK) and dan TripAdvisor, menyediakan artikel dan video infromatif kepada bakal pelancong," katanya.
Melalui usaha ini, beliau berkata Sarawak telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa termasuk Global Communications Campaign Award daripada DAVOS World Communications Forum Award (WCFA) 2023; Campaign of the Year award di MPRA 2023 for the Rainforest World Music Festival: The Comeback Stronger Brand Story; Product Brand Development Award (B2C) - Rainforest World Music Festival: The 'Comeback Stronger' Brand Story - Gold Award, Malaysia Public Relations Awards (MPRA) 2023.
Sustainability Award - Sarawak Rainforest World Music Festival: A Compelling Comeback Story of Sustainability - Gold Award, Malaysia Public Relations Awards (MPRA) 2023; dan Wanderlust Reader Travel Awards 2023 - No. 10, Most Desirable Region in World category dalam Wanderlust Reader Travel Awards 2023.
"Ia bukan sahaja mengenai menganjurkan konsert (merujuk kepada Rainforest World Music Festival), ia adalah tentang memupuk rasa perpaduan. Kita mempunyai tujuan menyatukan masyarakat melalui penghargaan bersama terhadap budaya, warisan dan muzik.
"Kita berhasrat untuk memupuk pemeliharaan budaya, memperjuangkan amalan bertanggungjawab dan mencipta pengalaman tidak dapat dilupakan untuk pelancong. Komitmen kami melangkaui masa kini, mencapai kelestarian, berhasrat untuk memberi impak positif kepada masyarakat dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Abdul Karim berkata, Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya menjadikan ia sebuah negeri yang unik. - Gambar Bernama
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
TMM2026: Tourism Malaysia optimis capai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong
Tourism Malaysia optimis kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) mampu mencapai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong tahun depan sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.
Pelancong maut diserang ikan yu di Mesir
Seorang pelancong maut dan seorang lagi cedera dalam serangan ikan yu di pusat peranginan Laut Merah Mesir di Marsa Alam.
ASEAN komited untuk penglibatan bermakna dengan semua rakan kongsi, termasuk Iran
Duta Besar Malaysia ke Iran telah menekankan komitmen tidak berbelah bahagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) terhadap penglibatan konstruktif dengan semua rakan kongsi, termasuk Iran.
Ribuan pelancong, masyarakat pelbagai kaum meriahkan Perarakan Chingay Pulau Pinang
Walaupun Chingay amat sinonim dengan kaum Cina, namun pesona seni itu turut menarik penyertaan pelbagai kaum termasuk orang Melayu dan India di Pulau Mutiara itu.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.