PUTRAJAYA: Khairy Jamaluddin menarik balik rayuannya terhadap keputusan mahkamah bahawa beliau bertanggungjawab memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau mengenai perlakuan tidak bermoral yang dibuat 14 tahun lepas.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nallini Pathmanathan, kemudian membatalkan dua permohonan kebenaran rayuan yang difailkan Khairy dengan kos RM5,000 bagi setiap rayuan.
Keputusan itu dibuat selepas peguam Sarah Abishegam yang mewakili Khairy memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menulis surat kepada pihak lawan untuk menarik balik permohonan kebenaran merayu pada April lepas.
Khairy memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau bertanggungjawab memfitnah Anwar dan keputusan mahkamah yang sama yang menolak rayuannya untuk meminda pernyataan pembelaan berhubung saman fitnah oleh ketua pembangkang itu.
Terdahulu, Sarah menawarkan kos sebanyak RM1,000 untuk setiap rayuan atas alasan penarikan dibuat pada peringkat awal.
"Kami telah memfailkan usul itu pada 7 Mac dan perkara itu disenaraikan untuk e-Review (di mahkamah) pada 6 April.
"Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 11 Ogos untuk perkara ini. Kami sebenarnya menulis surat kepada pihak lawan untuk menarik balik rayuan pada April," katanya kepada panel hakim itu yang termasuk Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anwar berkata RM5,000 bagi setiap rayuan di hadapan mahkamah tertinggi adalah munasabah.
"Usul (permohonan kebenaran merayu) yang disampaikan kepada kami mengandungi 10 jilid. Kami terpaksa menjawab perkara yang dibangkitkan dan rakan saya yang hadir bersama saya, Cik Leela juga menyediakan draf penghujahan," tambahnya.
Pada 7 Feb tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khairy untuk mencabar saman fitnah Anwar selepas memutuskan bahawa tiada kesilapan boleh dirayu yang memerlukan campur tangan rayuan.
BACA: Rayuan Khairy berhubung saman fitnah Anwar terhadapnya ditolak
Mahkamah Rayuan memutuskan kenyataan yang dipertikaikan oleh Khairy, dalam pilihan analogi dan kiasan dalam makna sejadi dan biasa, mampu memfitnah Anwar.
Selain itu, Mahkamah Rayuan juga mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan kuantum ganti rugi RM150,000 yang diberikan kepada Anwar, tidak berlebihan.
Pada 7 Mac 2008, Anwar, yang merupakan presiden PKR, menyaman Khairy, yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan serta Naib Ketua Pemuda UMNO, kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya semasa ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb tahun yang sama yang membawa kepada penyiaran klip video di portal berita.
Pada September 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarkan saman Anwar terhadap Khairy dan mendapati Khairy bertanggungjawab atas fitnah dan oleh itu memerintahkan Khairy membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am kepada Anwar.
Hakim juga menolak permohonan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya dengan mengatakan bahawa kenyataannya adalah komen yang wajar.
Khairy kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tetapi pada Februari 2018, Mahkamah Rayuan telah membatalkannya selepas membenarkan permohonan Anwar.
Pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy agar merit kes itu didengar sepenuhnya di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Pada 7 Feb tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khairy untuk mencabar saman fitnah Anwar selepas memutuskan bahawa tiada kesilapan boleh dirayu yang memerlukan campur tangan rayuan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.