Amalan berkhatan umat Islam membabitkan bayi perempuan di negara ini berbeza dengan amalan pemotongan genitalia wanita (FGM) yang diamalkan dalam kalangan wanita di beberapa negara lain, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Berhubung kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa amalan khatan bayi perempuan sebagai pencabulan terhadap hak wanita, Dr Dzulkefly berkata sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan seperti itu.
"Saya nyatakan sekali lagi bahawa khatan bayi perempuan tidak sama dengan FGM dan kita perlu cermat dalam isu ini kerana ia menyinggung banyak aspek termasuk sosial dan budaya," katanya.
BACA: Khatan perempuan: KPWKM akan bincang dengan Kementerian Kesihatan
Bercakap kepada pemberita selepas majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2018 di sini pada Jumaat, beliau berkata kerajaan akan tetap membincangkan isu yang dibangkitkan oleh Suhakam itu secara halus memandangkan ia sangat sensitif.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Suhakam pada Rabu bahawa Putrajaya telah mengelirukan kajian Laporan Berkala Sejagat (UPR) mengenai hak asasi manusia berhubung FGM apabila ia mempertahankan FGM ke atas bayi perempuan sebagai 'tanggungjawab budaya' di Malaysia.
Dr Dzulkefly berkata kerajaan tidak akan bertindak kerana tekanan sama ada dari dalam atau luar negara, sebaliknya akan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat supaya isu itu dapat ditangani dengan baik.
"Isu bantah dan sokong ini biasa dalam amalan demokrasi, tetapi akhirnya kerajaan akan membuat satu pendirian dengan cermat dan bukan mengikut emosi," katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu berkhatan bayi perempuan di negara ini.
Menurut Dr Wan Azizah, perbincangan itu termasuk melihat kepada faedah daripada amalan berkenaan, serta menambah walaupun ia dilihat sebagai amalan budaya di Malaysia, ia tidak sama dengan amalan FGM yang diamalkan dalam kalangan wanita di Afrika.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018

DR DZULKEFLY: Saya nyatakan sekali lagi bahawa khatan bayi perempuan tidak sama dengan FGM. -Gambar fail/BERNAMA
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Khatan bayi perempuan di Malaysia berbeza - Dr Dzulkefly
Beliau berkata kerajaan akan tetap membincangkan isu yang dibangkitkan oleh Suhakam itu secara halus memandangkan ia sangat sensitif.