KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi antara negara dunia yang bakal dilanda kiamat iklim, diramal pada tahun 2040, bermakna 18 tahun lagi.
Kenapa kiamat? Benarkah ia begitu mengerikan sehingga dipanggil kiamat?
Ikon Ais Kutub Utara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir menerangkan, hasil pemerhatian beliau semasa beberapa kali ke Kutub Utara dan Antartika mendapati, ais semakin mencair, gunung berapi kini mula aktif di Antartika dan suhu di Kutub Utara pula bukan membeku tetapi hanya suam sahaja.
Jelasnya lagi, semua petunjuk itu adalah kesan daripada pemanasan global, yang tidak pernah berlaku, tetapi semakin mendekatkan negara dunia, tanpa terkecuali Malaysia kepada iklim paling ekstrem yang beliau panggil 'kiamat iklim'.
"Melihat kepada perkembangan itu semua, berbaki 18 tahun lagi dari sekarang, iaitu pada 2040, dunia mungkin alami kiamat iklim yang akan turut sama menjejaskan Malaysia,'' kata beliau kepada Astro Awani baru-baru ini.
Sharifah Mazlina ditemui di majlis meraikan Ahli Geografi Dunia anjuran Russian House Kuala Lumpur di Jalan Ampang.
Hari Ahli Geografi Dunia disambut pada 18 Ogos setiap tahun di Rusia sebagai memperingati penubuhan Persatuan Ahli Geografi Rusia pada tahun 1845.
Kata Sharifah Mazlina, ramalan itu bukan sahaja berdasarkan pemerhatiannya semasa di Antartika , tetapi turut disahkan saintis-saintis dunia termasuk dari Rusia dan Amerika Syarikat.
Tambahnya, beberpa kali menjelajah Kutub dan Antartika, melihat sendiri dengan mata kepala sendiri, beliau mendapati, banyak bongkah-bongkah ais pecah dan hancur.
"Kedaannya amat mengerikan sekali. Beberapa saintis dunia sebelum ini berkata akan berlaku iklim ekstrem pada 2040 atau 2041, kenapa mereka berkata demikian? Kerana pada 2040, ais di Antartika akan mencair dengan sangat teruk.
Antartika ini saiznya dua kali ganda Australia, ambil sahaja sebahagian daripadanya, jika mencair pada 2040, apa akan berlaku? Ini yang saya panggilkan kiamat iklim. Saintis sudah mengiyakan fakta ini. Antartika tebal air batunya 2.3 kilometer, sekarang, ia 2.5 meter ke bawah, kalau semuanya mencair, apa yang akan berlaku ialah, limpahan ombak, tsunami, banjir yang teruk, tanah runtuh dan sebagainya.
"Satu lagi yang mengejutkan ialah, semasa berada di pesisir pantai Antartika, ada sebuah gunung berapi yang aktif, di sekelilingnya sudah panas dan tiada langsung salji," jelas beliau.
Ditanya jika Malaysia terjejas dengan ramalan kiamat iklim 2040, beliau dengan tegas mengakui tidak syak lagi, memandangkan pada masa ini sekali pun Malaysia sudah alami musim monsun yang berbeza daripada kebiasaan.
Sedari atau tidak, banjir sangat kerap berlaku, banyak tempat rendah ditenggelami air. Ini antara petandanya di mana perubahan cuaca yang tidak menentu sekarang berlaku berikutan pemanasan global melampau."
Lebih-lebih lagi, kedudukan geografi Malaysia di bawah garis khatulistiwa, menyebabkan negara ini berpotensi dilanda kiamat iklim nanti.
"Ini yang saya nak kongsi kepada rakyat Malaysia supaya sedar pemanasan global sudah semakin serius. Malah sehari sebelum sampai ke persisiran Antartika itu kita sudah nampak bongkah hanyut ke lautan besar.
“Jadi ini bukan perkara kecil yang boleh dianggap main-main dan perkara serius lebih-lebih lagi Malaysia sudah mengalami musim monsun yang lari kebiasaan seperti banjir dan sebagainya,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Sharifah Mazlina turut menekankan kepada rakyat Malaysia mengambil berat isu pemanasan global di negara ini.
Tindakan seperti kitar semula, kurangkan penggunaan plastik dan karbon serta banyakkan penanaman pokok antara langkah kecil yang membawa kesan besar kepada soal pemanasan global.
Sharifah Mazlina, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment To Accelerate (AWETA), ialah wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo.
Dan, terbaharu, pada 7 Mac 2022, Sharifah Mazlina dan pasukannya ke Antartika sekali lagi bagi menyertai misi pelayaran "Climate Force 2041 (CF2041) untuk mengkaji kesan pemanasan global di kawasan itu selama 12 hari.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Aug 22 2022
Ais yang semakin mencair dengan cepat, bongkah ais pecah dan hanyut serta hidupan di Antartika yang kucar-kacir, kesan pemanasan global antara petanda dunia akan dilanda kiamat iklim dalam tempoh kurang 20 tahun lagi. - Gambar Sharifah Mazlina
Agenda AWANI: Kemampanan masa depan
Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam.
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka catat rekod tertinggi
Suhu purata Jepun pada 2024 dijangka mencatat rekod tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, menurut laporan media tempatan yang dipetik Xinhua.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
COP29: AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Tahun 2024 mungkin akan memecahkan rekod suhu baharu dan matlamat Perjanjian Paris kini berada dalam bahaya besar.
2024 tahun terpanas Austria, Jerman, Switzerland
Tahun ini dijangka menjadi antara tahun yang paling panas pernah direkodkan di Austria, Jerman, dan Switzerland.
Gunung Fuji kembali dilitupi salji, paling lewat pernah direkodkan
Gunung Fuji, ikon Jepun diselimuti salji pertama musim ini pada Rabu, menjadikannya tarikh paling lewat dalam rekod berikutan cuaca panas yang luar biasa, menurut Agensi Berita Kyodo.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan catat suhu tertinggi pada 2023
Korea Selatan mengalami tahun paling panas dalam sejarahnya pada 2023.
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.
Aisberg terbesar dunia bergerak selepas 3 dekad
Aisberg berkenaan merupakan serpihan terbesar gunung ais yang masih wujud dan terpisah dari Filchner Ice Shelf pada ogos 1986.