TELUK INTAN: Sebuah kilang makanan yang memproses biskut dan roti di Jalan Pasar di sini diserbu setelah menggunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan dan jualan di pasaran.
Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail, serbuan itu dijalankan pada Rabu sekitar jam 11 pagi.
"Pemeriksaan di kilang tersebut dijalankan oleh penguat kuasa KPDN Cawangan Teluk Intan.
"Pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai sijil halal yang sah bagi 26 jenis produk makanan biskut dan roti yang dikilangkan untuk jualan.
"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu produk makanan (biskut) yang dikilangkan dan ditawarkan untuk jualan di premis ini tiada dalam senarai sijil halal.
"Sebanyak 35 bungkus produk biskut yang dijumpai di dalam premis yang telah siap dibungkus dengan penandaan logo halal dan dipamerkan untuk jualan kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan semalam.
Justeru, Kamalludin berkata, pihaknya menyita kesemua 35 bungkus produk biskut, bungkusan kosong yang dicetak logo halal dan beberapa dokumen berkaitan bagi tujuan siasatan lanjut.
Katanya lagi, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM620.35.
"Kes ini akan disiasat di bawah Perintah (8)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana disyaki sebagai pemilik premis perniagaan telah memperaku mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal," katanya.
Tegasnya, KPDN memandang serius peniaga yang menggunakan perakuan dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barangan keluaran yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
"Masyarakat atau pengguna disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa bagu menyalurkan maklumat berhubung produk makanan dicurigai status penandaan logo halal," katanya lagi.
Aida Aziz
Thu Jun 27 2024

Sebuah kilang makanan yang memproses biskut dan roti di Jalan Pasar di Teluk Intan diserbu pihak berkuasa kerana dipercayai menggunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan dan jualan. - Foto KPDN Perak
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.

Premis jual muruku guna logo halal tidak sah di Buntong terbongkar
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati produk yang dikeluarkan adalah untuk jualan runcit serta borong sekitar utara Semenanjung Malaysia.

KPDN sita keropok pelbagai perisa guna logo halal tamat tempoh
Satu serbuan dijalankan di sebuah rumah kedai dua tingkat oleh KPDN Pulau Pinang bersama Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP.

Kilang biskut dan roti diserbu, guna logo halal tidak sah
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu produk makanan yang dikilangkan dan ditawarkan untuk jualan tetapi tiada dalam senarai sijil halal.

Produk 'salmon skin salted egg' tiada logo halal sah disita KPDN
Semakan awal mendapati logo halal berkenaan digunakan untuk tujuan perdagangan secara tidak sah.