KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri mengenal pasti sebuah kilang peleburan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di Simpang Pulai yang didakwa melakukan proses peleburan bahan logam sehingga mengakibatkan pencemaran bau.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata, ia adalah hasil operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam bagi mengenal pasti punca kejadian di kawasan itu.
"Siasatan mendapati pencemaran bau itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja memproses skrap e-waste dengan peleburan menggunakan suhu yang tinggi dan menghasilkan gas serta air berasid yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
"JAS telah menyita peralatan memproses skrap termasuk e-waste di kilang itu di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran operasi keselamatan makanan sempena bulan Ramadan peringkat negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan penduduk mengenai pencemaran bau di sekitar Simpang Pulai baru-baru ini.
Mohd Akmal berkata, kerja-kerja memproses skrap tersebut perlu mendapat kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) sebelum dijalankan bagi mengkaji impak aktiviti tersebut terhadap alam sekitar.
Beliau berkata terdapat ratusan kilang di kawasan tersebut dan meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti pencemaran dan premis mencurigakan kepada pihak berwajib.
Dalam perkembangan lain, Mohd Akmal berkata sampel makanan diambil dalam operasi keselamatan makanan oleh Jabatan Kesihatan negeri di bazar Ramadan bagi memastikan makanan yang dijual adalah selamat.
Beliau berkata sebanyak 223 sampel akan diambil di seluruh negeri bagi tujuan analisis mikrobiologi, kimia, semaran mikologi, aditif makanan, logam berat, cemaran logam, residu dadah vaterina, fizikal, pencemaran semula jadi dan biotek.
Katanya, sebanyak 303 daripada 2,306 sampel yang diperiksa di bazar Ramadan telah diambil bagi operasi sama pada tahun lepas.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 sampel telah melanggar syarat-syarat di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
"Tindakan kompaun bernilai RM12,300 telah dikenakan kepada premis terbabit," katanya sambil menambah sebanyak 20 kes keracunaan makanan telah dilaporkan berlaku pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

Mohd Akmal Kamarudin berkata, ia adalah hasil operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam bagi mengenal pasti punca kejadian di kawasan itu. - Bernama
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara India itu bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.

Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.

Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.

Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."

Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.

Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad.

JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang
Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan.

Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna
Fenomena itu berlaku susulan pembuangan bahan kimia, sisa industri dan sisa kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai.