KUALA LUMPUR: Menjelang sambutan Aidilfitri, transaksi kiriman wang dari Malaysia ke negara yang mempunyai lebih ramai penduduk Islam seperti Indonesia dan Bangladesh mencatat peningkatan ketara, memperlihatkan hasrat untuk berhubung dengan orang tersayang sebelum perayaan bermula.
Pengendali perniagaan perkhidmatan wang terbesar di Malaysia, Merchantrade Asia Sdn Bhd merekodkan transaksi kiriman wang lebih setengah bilion ringgit sepanjang Ramadan tahun lepas dan trend itu dijangka berterusan pada tahun ini.
Menurut Research and Market, pasaran kiriman wang masuk antarabangsa di Malaysia meningkat 2.9 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$1.63 bilion (AS$1=RM4.74) pada 2023.
Pasaran kiriman wang keluar antarabangsa di Malaysia turut menokok sebanyak 2.1 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$8.94 bilion pada 2023.
Katanya sepanjang tempoh ramalan (2023-2028) ini, saiz pasaran dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 1.7 peratus, meningkat daripada AS$8.76 bilion pada 2022 untuk mencapai AS$9.72 bilion menjelang 2028.
Menurut laporan itu, pasaran kiriman wang global bernilai AS$738.62 bilion pada 2023 dan dijangka mengunjurkan pertumbuhan kukuh dalam tempoh ramalan dengan CAGR 5.78 peratus hingga 2029, mencecah AS$1031.45 bilion.
Infrastruktur kukuh
Pengarah Urusan Merchantrade Asia Ramasamy K. Veeran berkata Merchantrade telah membuat pelaburan dan membina infrastruktur yang kukuh untuk memastikan transaksi yang lancar.
Dengan 95 cawangan dan lebih 480 lokasi ejen di seluruh negara, kaedah titik sentuh fizikal Merchantrade adalah lengkap untuk menyokong jumlah pelanggan yang semakin meningkat.
"Sebagai persediaan, cawangan Merchantrade masih dibuka pada hujung minggu, dengan sumber tambahan yang dimanfaatkan ke cawangan utama untuk mengendalikan kedatangan ramai pelanggan pada hujung minggu.
"Ini merupakan waktu penting untuk pelanggan Islam kami di seluruh negara, dan kami gembira dapat membantu mereka," katanya kepada Bernama sambil memaklumkan permintaan yang meningkat di cawangan Merchantrade di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang dan Inanam, Sabah.
Walaupun cawangan ini terletak strategik di kawasan yang ramai penduduk migran, Merchantrade turut menguruskan cawangan di kawasan luar bandar untuk menyediakan akses mudah kepada perkhidmatan kiriman wang memandangkan penyedia perkhidmatan kiriman wang rasmi yang terhad.
Dengan beroperasi menerusi model hibrid, syarikat itu telah melabur lebih awal untuk membina platform dalam talian yang selamat serta mendidik pelanggan mengenai kaedah menggunakannya.
Antara platform digital syarikat itu yang memenangi anugerah untuk pemindahan kiriman wang yang mudah, selamat dan pantas adalah Merchantrade Money (e-dompet berasaskan kad dan Kad Prabayar Visa), Valyou (e-dompet berasaskan rangkaian) dan eRemit Malaysia (perkhidmatan pindahan wang digital sepenuhnya).
"Kebolehcapaian ini penting kepada pelanggan melibatkan pelbagai industri antaranya pembinaan, perladangan dan pembuatan, yang kebanyakannya tinggal dan bekerja di kawasan terpencil atau luar bandar di seluruh Malaysia.
"Selalunya, mereka terpaksa membuat perjalanan yang jauh, malah mengambil sehari cuti bekerja untuk mengunjungi penyedia perkhidmatan kiriman wang rasmi yang terdekat.
"Dengan platform kiriman wang digital Merchantrade, mereka kini boleh menghantar wang ke negara mereka dengan mudah kepada yang tersayang tanpa perlu keluar rumah," kata Ramasamy.
Beliau berkata pada 2023, kiriman wang digital melalui saluran berkenaan menyaksikan peningkatan ketara hampir 20 peratus bulan ke bulan terutama pada Mac menjelang Syawal, dengan yang tertinggi adalah Bangladesh dan Indonesia.
Impak sosial kiriman wang
Memandangkan Malaysia telah menjadi tempat tinggal kepada lebih dua juta pekerja asing yang mempunyai dokumen dari negara jiran, yang menyaksikan Indonesia dan Bangladesh mempunyai populasi migran terbesar di negara ini, terdapat keperluan penting untuk membantu golongan ini menyara keluarga di negara mereka.
Sebagai penyedia utama pendapatan, kiriman wang yang dihantar ini dimanfaatkan untuk keperluan seperti makanan, penyelenggaraan isi rumah, pakaian, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pembayaran balik pinjaman.
Ramasamy turut menekankan mengenai keperluan untuk membantu pelanggan berhubung dengan keluarga mereka, terutama pada musim perayaan.
"Kami berbangga menjadi jenama yang dipercayai untuk pelanggan menghantar wang ke negara mereka dalam waktu yang sibuk ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikannya sampai kepada keluarga mereka tepat pada masanya," kata Ramasamy.
Peranan Merchantrade adalah menjangkau pemudahan transaksi kiriman wang dalam jumlah besar memandangkan turut berperanan sebagai "sistem penghantaran di peringkat akhir" yang penting, menghubungkan dan membantu keluarga merentas jarak geografi.
Beliau berkata melalui rangkaian meluas rakan kongsi global, syarikat telah menjalinkan perkongsian langsung dengan entiti utama, yang terdiri daripada lebih 70 rakan kongsi pembayaran, dengan lebih 40 daripadanya adalah bank yang telah dikenali.
Merchantrade sentiasa mewujudkan perkongsian dengan pihak yang sehaluan dengan mereka, yang memahami kepentingan setiap wang yang dikirimkan, katanya.
Melalui misi untuk memperkasa kehidupan pelanggan, perkhidmatan kiriman wang Merchantrade telah muncul sebagai penghubung penting, terutama semasa perayaan Aidilfitri.
Dengan menyediakan akses mudah dan transaksi selamat, Merchantrade memastikan semangat kebersamaan dan murah hati yang merentas sempadan geografi, membolehkan keluarga menyambut Syawal dengan gembira.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
![Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Pasaran kiriman wang masuk antarabangsa di Malaysia meningkat 2.9 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$1.63 bilion. - Gambar hiasan
Kerajaan Sarawak memiliki 100 peratus AirBorneo
Kerajaan Sarawak kini memiliki 100 peratus syarikat penerbangan MASWings yang dijenamakan semula sebagai AirBorneo termasuk kakitangan serta aset di Sarawak dan Sabah.
Kerajaan Malaysia, Razak baginda diperintah bayar lebih RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Siasatan kes 18 ADUN Sabah akan diselesai segera, perlu saksi kukuh - SPRM
Siasatan membabitkan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang telah dirakam keterangan susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan penularan klip video perbualan akan diselesaikan secepat mungkin.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
![Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732618025_TBSARADUTERTE.jpg)
Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan
DOJ beri jaminan bahawa ia tetap komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan ketat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
![Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024 Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736633640_CentralBankofSri.jpg)
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.
![Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri
Pasaran kiriman wang masuk antarabangsa di Malaysia meningkat 2.9 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$1.63 bilion.
![Kiriman wang pekerja Indonesia di luar negara cecah AS$9.8 bilion setahun Kiriman wang pekerja Indonesia di luar negara cecah AS$9.8 bilion setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661339937_KeselamatanBUDGET.jpg)
Kiriman wang pekerja Indonesia di luar negara cecah AS$9.8 bilion setahun
Purata kiriman wang pekerja Indonesia dari 2015 hingga 2019 mencecah US$9.8 bilion setiap tahun, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto.