KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen diminta untuk meneliti masalah kemudahan gentian optik 'Point of Presence' atau titik kehadiran (PoP) di setiap sekolah di kawasan mereka dan memaklumkannya kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi membolehkan isu liputan Internet dapat diselesaikan dengan segera.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementeriannya mahu memastikan golongan guru dan murid memperoleh infrastruktur serta prasarana Internet yang baik supaya dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran dan pengajaran.
"Hujung Mac lepas, saya rasmikan PoP di Padang Terap, Kedah dengan kita (KKD) mengusahakan kelengkapan jaringan gentian optik sehingga ke pintu sekolah. Cumanya (penyediaan PoP) dari pintu sekolah ke dalam sekolah itu melibatkan kos kerana setiap sekolah, tapaknya lain.
"Jadi, saya akan maklumkan kepada Ahli Parlimen lain untuk teliti isu ini supaya masalah Internet menjadi sejarah terutamanya kepada pihak sekolah," katanya ketika berucap pada program Cahaya Ramadan bersama Gardenia anjuran Gardenia Bakeries di sini semalam.
Pada Mac lepas, Fahmi dilapor berkata sebanyak 55 sekolah luar bandar di Kedah telah dilengkapi dengan PoP yang dapat memperluas jaringan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah-sekolah yang terlibat serta kawasan sekitar.
Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan semua lapisan masyarakat untuk menyemak setiap maklumat yang diterima sama ada ia sahih atau sebaliknya sebelum menyebarkannya.
"Hal ini supaya kita tidak menjadi penerus kepada penyebaran maklumat yang palsu, salah atau fitnah. Kita semua perlu berhati-hati dalam menerima, menyampaikan atau menyebarkan sesuatu maklumat kerana itu (tindakan sebar maklumat salah) seakan menyambung masalah dan kita seharusnya menyelesaikannya," katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai dakwaan bahawa 1 Syawal mungkin disambut awal dari dijangkakan, Fahmi sekali lagi menyeru rakyat supaya menunggu pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
"Bukan merujuk maklumat daripada WhatsApp, TikTok, Facebook atau dari jiran tetapi rujuk kenyataan yang akan dibuat atau pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Insya-Allah pada 8 malam, Khamis minggu depan," katanya.
Pada program tersebut, Fahmi turut menyampaikan duit raya sebanyak RM200 kepada setiap 50 keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Lembah Pantai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Fahmi menyampaikan sumbangan Hari Raya pada Majlis Berbuka Puasa sempena Program Cahaya Ramadan bersama Gardenia di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek PoP sedia dilanggan di Sarawak
Sebanyak 7,410 port jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi di bawah projek Point of Presence (PoP) Kementerian Komunikasi telah dibangunkan dan sedia dilanggani oleh penduduk di Sarawak.
60 projek PoP Fasa 1 berjaya disiapkan di Sabah - Fahmi
Sebanyak 60 daripada 67 projek 'Point of Presence' (PoP) yang dirancang dalam Fasa 1 berjaya disiapkan setakat ini.
KKD minta Ahli Parlimen teliti isu PoP di sekolah
KKD mahu memastikan guru dan murid memperoleh prasarana Internet yang baik supaya dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran dan pengajaran.