KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa bersedia untuk mengadakan kerjasama strategik dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan badan bukan kerajaan (NGO) komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) bagi meningkatkan akses kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi OKU.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata pada ketika ini tahap pencapaian negara dalam menjamin akses terhadap kemudahan ICT bagi golongan OKU penglihatan masih jauh berbanding standard di negara maju.
"Saya difahamkan bahawa OKU penglihatan juga kini menggunakan pelbagai medium digital untuk mendapatkan maklumat antara lain melalui pembangunan aplikasi kebolehcapaian ICT yang dibangunkan syarikat utama seperti Google dan Microsoft," katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Sambutan Hari Braille Sedunia 2023, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAB Datuk George Thomas.
Teo berkata jalinan kerjasama antara KKD dan MAB serta pihak NGO boleh diperluaskan kepada program kesedaran tentang hak dan keperluan OKU penglihatan kepada masyarakat agar golongan ini tidak terus terpinggir.
"Saya dan KKD sendiri akan terus meneruskan usaha kesedaran bagi membantu golongan OKU agar mereka juga terlibat dalam sosioekonomi masyarakat kita... ini juga adalah hasrat kerajaan perpaduan," katanya.
Sementara itu pada sidang media, Teo berkata di bawah KKD, pihaknya juga bekerjasama dengan MYNIC untuk memastikan laman web ini sesuai untuk diakses golongan OKU bagi memastikan mereka juga dapat terlibat dalam ekonomi digital.
"Selain itu, penyediaan aplikasi SaveME 999 DEAF dan SaveME 999 BLIND adalah antara inisiatif bagi membantu OKU pendengaran dan penglihatan untuk menghubungi talian kecemasan 999 jika berlaku sebarang kecemasan," katanya.
Hari Braille Sedunia disambut pada 4 Jan setiap tahun bagi meraikan kepentingan dan kesedaran terhadap huruf Braille sebagai medium komunikasi OKU penglihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Teo Nie Ching berkata pada ketika ini tahap pencapaian negara dalam menjamin akses terhadap kemudahan ICT bagi golongan OKU penglihatan masih jauh berbanding standard di negara maju.- Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.