SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan ubat Baricitinib bagi mengelakkan peningkatan atau peralihan pesakit COVID-19 ke kategori yang lebih meruncing, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dr Adham berkata formulasi ubat baharu itu antara lain digunakan bagi mencegah risiko pesakit menghidapi radang paru-paru dan mereka akan diberikan ubat berkenaan dalam sukatan antara dua miligram (ml) atau empat ml.
"Kita akan gunakan satu formulasi ubat baharu untuk kita halang daripada bertambah iaitu ubat Baricitinib sama ada dua ml atau empat ml untuk digunakan kepada pesakit bagi mencegah peningkatan' tersebut," katanya dalam sidang media selepas penyerahan kelompok dos terakhir vaksin Sinovac oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope kepada beliau selaku wakil kerajaan, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam pada itu Dr Adham berkata maklumat berhubung peningkatan atau peralihan pesakit daripada pesakit kategori satu kepada keadaan yang lebih meruncing adalah sangat dinamik.
Justeru beliau berkata kementeriannya sentiasa memantau dan mewajibkan pesakit membuat penilaian kesihatan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera terutama mereka yang menjalani kuarantin di rumah.
Berhubung program vaksinasi dalam kalangan remaja, katanya buat masa ini kerajaan menumpukan kepada usaha menyelesaikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada penerima 18 tahun ke atas terlebih dahulu dan akan menunggu data klinikal lanjut daripada pihak Pfizer International berhubung vaksinasi golongan berkenaan.
"Pfizer yang telahpun memberikan data klinikal untuk remaja 12 hingga 17 tahun melalui taklimat daripada Pfizer International sendiri minggu lepas bahawa rare event (jarang berlaku) iaitu myocarditis (radang pada bahagian otot jantung) dan pericarditis (radang pada selaput yang melitupi jantung) berlaku cuma tidak ada mortality (kematian) daripada kes tersebut," katanya.
Dr Adham berkata pihaknya juga mempertimbangkan bagi memberi vaksin kepada kumpulan sokongan di sekolah termasuk pemandu bas, pengawal keselamatan sekolah dan pembekal makanan dalam memberi perlindungan kepada pelajar daripada jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021

Dr Adham berkata formulasi ubat baharu itu antara lain digunakan bagi mencegah risiko pesakit menghidapi radang paru-paru. - Gambar fail

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

KKM ambil langkah agresif tangani isu inflasi perubatan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan dapat ditangani dalam waktu terdekat.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

Jururawat berhenti: Ramai ingin berkhidmat di negeri sendiri - Lukanisman
Penempatan sebahagian jururawat yang tidak dihantar bertugas ke negeri asal adalah antara faktor penyebab mereka memilih meninggalkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu lakukan segera' - MB
Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur di Kuala Pilah yang masih belum membuat saringan kesihatan susulan jangkitan penyakit kusta, diminta berbuat demikian dengan segera.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.