Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut berkata, antara tahun 2020 hingga 2024, KKM telah membuat pengambilan seramai 19,934 jururawat lantikan tetap dan kontrak.
“Kita berdepan dengan kekurangan jururawat, ini bukan yang saya terpaksa akui, ia adalah fenomena global.
“Bukan nak mengambil keselesaan dengan menimbulkan perkara itu, tetapi sebenar-benarnya kita berdepan dengan global shortage of jururawat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKM di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah beliau, jumlah ini adalah jauh lebih tinggi berbanding bilangan peletakan jawatan jururawat terkumpul bagi tempoh yang sama iaitu seramai 2,141 orang.
Daripada jumlah tersebut, seramai 5,100 atau 47.8 peratus adalah pelatih program Diploma Kejururawatan yang meliputi seramai 4,367 jururawat pelatih dan 733 jururawat masyarakat (peralihan).
