Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam supaya tidak menggunakan produk tradisional 'Nan Bao Capsule' yang dikesan mengandungi racun berjadual sildenafil dan tadalafil.
Menurut satu kenyataan, penjual dan pengedar produk ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta kerana melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya.
Kenyataan itu menjelaskan sildenafil dan tadalafil ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk dan hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh daripada farmasi dengan preskripsi doktor.
"Penggunaan sildenafil dan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.
"Sildenafil, tadalafil dan analognya adalah tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat radisional. Penggunaan ubat ini adalah sangat berbahaya bagi orang awam yang berisiko tinggi terhadap kesan advers itu terutamanya pesakit bermasalah jantung seperti angina yang mengambil ubat nitrate," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, nombor pendaftaran produk berkenaan ialah MAL19971474T dan ia telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) selepas pengesanan racun berjadual berkenaan.
Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang www.npra.gov.my atau memuat turun aplikasi 'NPRA Product Status' daripada Google Play Store, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2019

Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ubat didakwa untuk rawat COVID-19 dirampas
Siasatan awal mendapati produk tersebut dipercayai dibawa masuk secara haram dari negara China.

Tindakan tegas terhadap pengamal perubatan warga asing - Dr Lee
Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM gesa orang ramai henti guna kapsul 'Nan Bao'
KKM menggesa orang awam supaya tidak menggunakan produk tradisional 'Nan Bao Capsule' yang dikesan mengandungi sildenafil dan tadalafil.