SEPANG: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keperluan menaik taraf Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sebagai Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Dalam sidang media selepas melancarkan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 bertemakan 'Makanan Selamat, Kesihatan Terjaga' di sini hari ini, Khairy berkata ia selaras perkembangan pesat teknologi pada masa kini dan keperluan pada masa hadapan dalam aspek keselamatan serta kualiti makanan.
BKKM kini adalah sebuah bahagian di bawah KKM yang berperanan melindungi pengguna dalam aspek kualiti dan keselamatan makanan melibatkan proses penyediaan serta pengedaran makanan bagi memastikan pengguna menikmati makanan yang bersih dan tidak mengakibatkan keracunan makanan.
"Boleh dikatakan ia adalah rancangan jangka sederhana," katanya berhubung cadangan untuk menaik taraf BKMM itu.
Khairy berkata penelitian itu juga merupakan sebahagian daripada kajian semula pindaan Akta Makanan 1983 (Akta 281) yang sedang dijalankan KKM ketika ini.
"Dari semasa ke semasa kita perlu kaji semula struktur perundangan sedia agar selaras dengan keperluan semasa," katanya.
Akta 281 yang dikuatkuasakan pada Mac 1983 telah dipinda kali terakhir pada Jun 2006. Ia merupakan akta bagi melindung orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, serta mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Khairy dalam pada itu mengalakkan pengusaha dan pengendali makanan di rumah supaya mendaftarkan perniagaan dengan BKKM untuk disenaraikan sebagai pemegang sijil penyedia makanan di rumah yang diakui KKM.
"Walaupun tidak diwajibkan, sijil berkenaan sebagai jaminan keselamatan terhadap produk makanan yang dihasilkan.
"BKKM dapat pantau dan pengguna boleh memilih penyedia makanan yang ada sijil melalui laman sesawang BKKM. Ini dapat melindungi pengguna dan pastikan penyedia makanan mematuhi keperluan penyediaan makanan," katanya.
Mengenai proses pendaftaran, beliau berkata setiap penyedia makanan perlu mengemukakan dokumen permohonan sokongan seperti slip pendaftaran premis, sijil perakuan penerimaan pelalian vaksin anti-tifoid, sijil Latihan Pengendali Makanan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf serta label makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022

Khairy berkata ia selaras perkembangan pesat teknologi pada masa kini dan keperluan pada masa hadapan dalam aspek keselamatan serta kualiti makanan. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KKM kaji keperluan naik taraf BKKM sebagai pihak berkuasa - Khairy
Ia selaras perkembangan pesat teknologi pada masa kini dan keperluan pada masa hadapan dalam aspek keselamatan serta kualiti makanan.

Premis kotor, dua kilang memproses makanan diarah tutup
Dua buah kilang, iaitu kilang memproses tauhu dan kilang belacan, diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor dan menjijikkan.

BKKM Pulau Pinang serbu kilang fucuk beroperasi di sebelah bekas kandang babi
Pemeriksaan ke atas keempat-empat kilang fucuk tersebut mendapati berlaku pelanggaran Akta Makanan 1983 membabitkan aspek kebersihan dan juga pakaian pekerja.

KKM kesan 21 produk makanan mengandungi racun
Perkara itu dikenal pasti hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020.

Jeruk limau ada plumbum tidak diimport ke Malaysia
Menerusi data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia dari tahun 2017 sehingga kini, kementerian mendapati jeruk berkenaan tidak dibawa masuk ke Malaysia.

Dakwaan buah-buahan dalam tin dari Thailand ada virus HIV tidak berasas
Dakwaan mengenai buah-buahan dalam tin daripada Thailand mengandungi virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.