KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kluster baharu direkodkan sehingga jam 12.00 tengah hari tadi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia melibatkan empat kluster di Selangor, dua di Johor dan masing-masing satu kluster di Kelantan, Sarawak, Perak, Melaka dan Sabah.
Berikut kluster baharu yang dicatatkan:
KLUSTER PARIT LINTANG, JOHOR
Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 450723, lelaki, Warganegara Malaysia berumur 67 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 2 Mei 2021.
Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Parit Lintang, Batu Pahat.
Sehingga kini lapan kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan 13 kes dengan 55 saringan yang telah dijalankan.
KLUSTER JALAN BENUT, KLUANG, JOHOR
Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Benut, Simpang Renggam, Kluang.
Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 425669, kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat.
Sehingga kini dua kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan 25 kes. Sebanyak 110 saringan telah dijalankan.
KLUSTER JALAN SUNGAI PANJANG, SELANGOR
Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Sungai Panjang, Sungai Besar, Sabak Bernam.
Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 417713, perempuan, warganegara Malaysia berumur 38 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 24 April 2021.
Setakat ini dua kes baharu dicatatkan dengan jumlah 11 kes. Sebanyak 130 saringan telah dijalankan petugas kesihatan.
KLUSTER JALAN KELAB GOLF TIGA BELAS, SELANGOR
Kluster ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Hulu Langat dan Sepang.
Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan kakitangan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, Shah Alam, Petaling.
Sehingga kini empat kes baharu dicatatkan daripada 23 kes keseluruhannya. Sebanyak 137 saringan telah dijalankan petugas kesihatan.
KLUSTER TANAH LESEN, SELANGOR
Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.
Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 421970, lelaki, warganegara Malaysia berumur 16 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 28 April 2021.
Setakat ini empat kes baharu dicatatkan hari ini, daripada keseluruhan 13 kes. 72 saringan telah dilaksanakan.
KLUSTER GUGUSAN ALAM, KUALA SELANGOR
Kluster ini melibatkan melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Lorong Gugusan Alam 7/6, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 428488, perempuan, warganegara Malaysia berumur 33 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 4 Mei 2021.
11 kes baharu dicatatkan hari ini dengan jumlah 27 kes keseluruhan. Sebanyak 141 saringan telah dijalankan.
KLUSTER KAMPUNG TERUSAN, KELANTAN
Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 398193, lelaki, warganegara Malaysia berumur 67 tahun dari Kampung Terusan Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu yang dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kes mula bergejala pada 20 April 2021. Sebanyak dua kes baharu dicatatkan daripada keseluruhan 40 kes. 82 saringan telah dijalankan.
KLUSTER JALAN SEMABOK, MELAKA
Kluster ini di daerah Melaka Tengah, melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Jalan Semabok, Taman Sinn Semabok, Melaka Tengah.
Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 453081, lelaki, warganegara Malaysia berumur 37 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 5 April 2021.
Sebanyak dua kes baharu dicatatkan dengan jumlah 11 kes ketika ini. 181 saringan telah dijalankan.
KLUSTER KAMPUNG BOYAN, KUCHING, SARAWAK
Kluster ini merupakan Kes No. 407416, perempuan, warganegara Malaysia berumur 44 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan sebelum masuk wad.
Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Boyan, Kuching.
Sebanyak dua kes dicatatkan hari ini dengan jumlah 19 kes keseluruhan. 69 saringan telah dijalankan.
KLUSTER JALAN ABDUL HAMID, PERAK
Kluster ini di daerah Kinta. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 447989, perempuan, warganegara Malaysia berumur 47 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kes mula bergejala pada 8 Mei 2021. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti dimana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, Ipoh.
Sebanyak enam kes baharu dicatatkan dengan jumlah 19 kes. 60 saringan telah dijalankan ketika ini.
KLUSTER JALAN MENTERI, SABAH
Kes ini di daerah Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 450600, perempuan, warganegara Malaysia berumur 48 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kes mula bergejala pada 8 Mei 2021. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Menteri, Karamunsing, Kota Kinabalu.
Sebanyak tiga kes baharu dicatatkan dengan jumlah sembilan kes keseluruhan. 33 saringan telah dilaksanakan ketika ini.
Fareez Azman
Sun May 16 2021

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 11 kluster baharu dikenal pasti di beberapa negeri. - Gambar hiasan/BERNAMA

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.