KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk mencapai sasaran nisbah satu doktor kepada 400 penduduk pada tahun 2025.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berdasarkan Petunjuk Kesihatan Tahun 2023 yang dikeluarkan oleh KKM, nisbah doktor kepada penduduk pada tahun 2022 telah mencapai nisbah satu doktor kepada 412 penduduk.
Jumlah itu jauh lebih baik berbanding nisbah satu doktor kepada 758 penduduk pada tahun 2012.
Menurutnya, meskipun petunjuk nisbah kepada doktor menunjukkan peningkatan memuaskan, KKM akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan lagi bilangan doktor di fasiliti KKM termasuk di hospital.
“Antara inisiatif yang telah dan sedang dijalankan ialah meningkatkan slot latihan siswazah di KKM daripada 10,835 pada tahun 2013 kepada 12,198 slot pada tahun 2024 bagi tujuan latihan siswazah perubatan.
“Kita juga menawarkan skim perubatan mempunyai gred dan gaji yang lebih menarik selain memberikan elaun lain yang terdapat hanya dalam skim perubatan seperti bayaran insentif pakar, elaun lokum dan elaun tugas atas panggilan.
“KKM juga menyediakan peluang yang lebih menarik untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat kepakaran dan subkepakaran sama ada mereka tetap atau kontrak,” katanya.
Jelasnya, sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana atas, nisbah 1:412 itu akan terus kita perbaiki.
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
Tambah beliau, KKM juga sedang dalam peringkat akhir bagi memperhalusi beberapa polisi baharu berkaitan pelantikan dan penempatan anggota kesihatan KKM melalui program Reformasi Sumber Manusia yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Isnin, menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (PH - Pekan) yang meminta beliau menyatakan apakah faktor tiada pengambilan doktor pelatih di hospital daerah seluruh negara.
Ridauddin Daud
Mon Jul 01 2024

Dr Dzulkefly berkata, berdasarkan Petunjuk Kesihatan Tahun 2023 yang dikeluarkan oleh KKM, nisbah doktor kepada penduduk pada tahun 2022 telah mencapai nisbah satu doktor kepada 412 penduduk. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Skim Perubatan MADANI: 46 panel pengamal perubatan am langgar LAO ditamatkan perkhidmatan
Sebanyak 46 panel pengawal perubatan am di bawah Skim Perubatan MADANI ditamatkan perkhidmatan selepas dikesan melanggar terma LAO yang melibatkan nilai tuntutan RM2 juta.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.

Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.

KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.

Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly
Isu mengenai cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) antara yang akan dibincangkan pada sesi pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 19 Jan.

Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.

KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.