PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu lambakan dan status keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan serta pusat tahfiz yang boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan.
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai isu berkenaan yang dilaporkan dalam akhbar tempatan dua hari lepas.
"KKM memandang serius isu dibangkitkan dan memohon semua pihak terlibat dalam sumbangan dan penerima sumbangan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan makanan bagi mengelakkan sebarang kejadian keracunan yang boleh memudaratkan kesihatan penerima," menurut kenyataan itu.
KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa memperkasakan kawalan pencegahan keracunan makanan di setiap peringkat rantaian makanan antaranya dengan membangunkan Garis Panduan Keselamatan Makanan Bank Makanan (Food Bank) yang menyediakan panduan bagi penyediaan makanan yang selamat dan berkualiti untuk tujuan sumbangan.
"Penderma makanan harus memastikan makanan disediakan selamat dimakan dan meletakkan maklumat seperti maklumat tarikh, masa makanan siap dimasak, masa akhir perlu dimakan atau tarikh luput makanan sebelum dimakan dan mesej keselamatan makanan supaya makanan tersebut dimakan dengan kadar segera dalam tempoh empat jam selepas disediakan.
"Penderma hendaklah memastikan penerima mendapat maklumat awal berkaitan makanan yang hendak disumbangkan dan memastikan makanan disumbang diterima oleh penerima bukannya ditinggalkan tanpa pemakluman," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, KKM meminta penerima sumbangan makanan untuk merekodkan maklumat makanan diterima serta memastikan makanan yang diterima dalam keadaan baik dan selamat selain amalkan lihat, hidu dan rasa semasa penerimaan makanan.
Menurut KKM, penerima berhak menolak makanan yang diterima sekiranya keadaannya telah rosak, pembungkusan tidak sempurna, tiada maklumat makanan disumbangkan dan tempoh penyediaan telah melebihi empat jam.
"Penerima dinasihatkan untuk makan makanan yang disumbangkan dengan kadar segera dan elakkan menyimpan makanan melebihi tempoh selamat," menurut kenyataan itu.
Selasa lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan beberapa pusat kebajikan di sekitar Lembah Klang seolah-olah dijadikan tempat membuang sisa makanan.
Dalam laporan berkenaan, Pengurus Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah di Taman Keramat, Kuala Lumpur, Mohd Suhairi Mohd Danan dipetik berkata pihaknya kerap berdepan isu menerima lambakan makanan hampir basi dan sudah berbuih yang kononnya disedekahkan.
Garis Panduan Keselamatan Makanan Bank Makanan (Food Bank) ini boleh dimuat turun di laman web Program Keselamatan dan Kualiti Makanan di hq.moh.gov.my/fsq.
KKM memaklumkan pihaknya mengadakan taklimat keselamatan makanan dan menyampaikan mesej secara berterusan supaya masyarakat sedar bahawa keracunan makanan yang serius boleh membawa maut.
Sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) serta Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) di http://moh.spab.gov.my atau https://www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Penderma makanan harus memastikan makanan disediakan selamat dimakan.- Gambar hiasan/Freeimages
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.