GOMBAK: Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa memastikan komuniti Orang Asli mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selari dengan hasrat menjamin kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia selaras slogan Hospital Orang Asli iaitu 'Komuniti Orang Asli Sihat, Komuniti Orang Asli Sejahtera'.
"Oleh itu, patik berdoa agar Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) ini, seiring dan serangkai dengan seluruh fasiliti kesihatan lain seluruh negara, menjadi fasiliti kesihatan contoh.
"Ini pasti memerlukan kerjasama semua pihak, sama ada kerajaan, swasta atau sektor ketiga, selari dengan pendekatan seluruh negara (whole-of-nation approach) yang menjadi teras Agenda Nasional Malaysia Sihat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan sempena lawatan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke HOAG di sini, hari ini.
Lawatan Seri Paduka Baginda adalah sebahagian daripada acara sempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mendengar sembah taklimat daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Datuk Seri Norazman Ayob.
Turut hadir, Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Fahmi Fadzil dan isteri Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin.
Norazman dalam taklimatnya berkata, HOAG merupakan satu daripada hospital Orang Asli di dunia dan satu-satunya hospital Orang Asli yang terdapat di Malaysia.
Penubuhannya bertujuan memberikan perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia iaitu meliputi negeri Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Beliau berkata sepanjang tempoh dua tahun, iaitu dari 2022 hingga 2023, HOAG telah menerima kemasukan 1,434 pesakit Orang Asli di wad.
Sementara itu, pesakit yang menerima rawatan di Unit Pesakit Luar adalah seramai 12,153 orang, manakala pesakit yang menerima rawatan di Klinik Pergigian adalah seramai 3,348 orang.
Hospital Orang Asli berkenaan merupakan hospital tanpa pakar dengan kapasiti 61 katil yang menyediakan perkhidmatan seperti perubatan, kesihatan awam, pergigian, dan farmasi.
Dibina sebagai 'Rumah Sakit Orang Asli' pada 1960 khusus untuk masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia, hospital ini telah bertukar nama kepada Hospital Orang Asli pada 1972.
Pada 2012, KKM telah mengambil alih hospital ini daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Sejak itu, hospital ini kekal sebagai pusat rujukan bertaraf nasional bagi Orang Asli seluruh Malaysia, menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang bersifat komprehensif dan holistik.
Terdahulu, ketibaan Seri Paduka Baginda diiringi isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad.
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cek sumbangan berjumlah RM30,000 yang diserahkan kepada Pengarah HOAG Dr Izandis Mohamad Sayed.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan sembah ucapan kepada Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) di sini hari ini. - Foto Bernama
Lapan individu dipanggil siasatan bekas pegawai Ismail Sabri
SPRM akan mengambil keterangan lapan individu berhubung siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disyaki terlibat rasuah.

Ramadan: Selangor pertimbang benar penjawat awam wanita pulang awal - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan cadangan membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang awal pada Ramadan ini.

Kadar zakat fitrah Negeri Sembilan RM7.50, RM12 dan RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7.50, RM12 dan RM22 tahun ini.
AWANI Borneo [27/2/2025] – Cabaran geografi dan arus deras|Syukur SMJ|Wajib ada sijil halal
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak

Pulau Pinang lulus jajaran baharu NCPR libat kos RM2.43 bilion - Chow
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan jajaran baharu Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dengan kos pelaksanaan dianggar berjumlah RM2.43 bilion bagi mengurangk

Tarik lesen, senarai hitam peniaga 'Ali Baba' tapak bazar Ramadan - Amirudin
Selangor akan bertindak tegas dengan menarik balik lesen serta menyenarai hitam peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual permit atau tapak perniagaan kepada pihak ketiga.

Buruh mengaku tidak bersalah cederakan anak tiri
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak tirinya, pertengahan bulan ini.
Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak
Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan pekeliling minggu lalu bagi memastikan bahawa segala peraturan berkait penganjuran bufet halal di negeri itu dipatuhi.
Kadar zakat fitrah Sarawak RM7.50
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi wilayah itu meningkat kepada RM7.50 berbanding RM7 tahun lalu.
Perkukuh peranan Sabah dalam industri acara perniagaan
Kerajaan Sabah akan terus mengutamakan acara perniagaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan kerjasama merentasi rantau Asia Pasifik.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.