Skip to main content

Malaysia

KKM perkukuh kebajikan, prospek kerjaya tangani penghijrahan jururawat

Dr Dzulkefly (tengah) bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. -Foto BERNAMA
Dr Dzulkefly (tengah) bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. -Foto BERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • KKM memberi keutamaan kepada kebajikan, prospek kerjaya dan daya saing perkhidmatan kejururawatan awam bagi menangani isu penghijrahan jururawat.
  • Langkah diambil termasuk penambahbaikan gaji melalui SSPA, kenaikan elaun pos basik, serta pengekalan waktu bekerja 42 jam seminggu untuk jururawat syif.
  • KKM mempercepat pengambilan jururawat baharu dan memperluas peluang latihan, kenaikan pangkat serta fleksibiliti penempatan untuk memperkukuh tenaga kerja sedia ada.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi keutamaan untuk memastikan perkhidmatan kejururawatan awam kekal kompetitif, kebajikan jururawat terpelihara serta prospek kerjaya mereka terus diperkukuh bagi menangani isu penghijrahan jururawat ke luar negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian memberi tumpuan kepada dua pendekatan utama iaitu mempercepat pengambilan jururawat baharu dan memperkukuh pengekalan tenaga kerja sedia ada.

Menurutnya, antara langkah yang diambil termasuk penambahbaikan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta peningkatan elaun pos basik daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

“Keutamaan KKM adalah untuk memastikan perkhidmatan kejururawatan awam kekal kompetitif, kebajikan mereka terpelihara dan prospek kerjaya terus menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026–2030 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM), di sini, pada Ahad.

Dr Dzulkefly berkata KKM turut meluluskan pengekalan waktu bekerja 42 jam seminggu bagi jururawat yang bertugas secara syif sebagai sebahagian daripada usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan petugas.

Selain itu, kementerian memperluas peluang latihan, kenaikan pangkat dan fleksibiliti penempatan, termasuk kemudahan pertukaran secara suka sama suka bagi meningkatkan prospek kerjaya jururawat.

Pada masa sama, proses pengambilan jururawat baharu turut dipercepat bagi mengisi kekosongan jawatan serta memastikan keperluan tenaga kerja dalam perkhidmatan kesihatan awam dapat dipenuhi.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah langkah utama yang diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangani isu penghijrahan jururawat ke luar negara? 
    A: KKM memberi tumpuan kepada mempercepat pengambilan jururawat baharu dan memperkukuh pengekalan tenaga kerja sedia ada.
  • Q: Apakah penambahbaikan kebajikan yang diberikan kepada jururawat oleh KKM? 
    A: Penambahbaikan termasuk kenaikan elaun pos basik daripada RM100 kepada RM200 sebulan, penambahbaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), dan pengekalan waktu bekerja 42 jam seminggu bagi jururawat syif.
  • Q: Bagaimana KKM meningkatkan prospek kerjaya jururawat dalam perkhidmatan awam? 
    A: KKM memperluas peluang latihan, kenaikan pangkat, fleksibiliti penempatan, dan kemudahan pertukaran secara suka sama suka untuk jururawat.
  • Q: Apakah tujuan mempercepat proses pengambilan jururawat baharu? 
    A: Tujuannya adalah untuk mengisi kekosongan jawatan dan memastikan keperluan tenaga kerja dalam perkhidmatan kesihatan awam dapat dipenuhi.
  • Q: Di manakah kenyataan ini dibuat oleh Menteri Kesihatan? 
    A: Kenyataan dibuat pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026–2030 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM).

Must Watch Video

Advertisement