SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran mengeluarkan senarai jenama Kit Ujian Pantas Antigen (RTK Antigen) COVID-19 yang diluluskan bagi mengelak penipuan keputusan positif COVID-19 dalam kalangan pekerja semata-mata untuk mendapatkan cuti kuarantin.
Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, jenama berkenaan perlu disenaraikan dalam aplikasi MySejahtera untuk rujukan orang ramai terutama pekerja dan majikan.
“Saya syorkan semua kit ujian pantas yang diluluskan perlu ada kod respons pantas (QR) yang dipautkan terus ke aplikasi MySejahtera.
“Contohnya apabila keputusan positif, pengguna boleh imbas kod QR pada kit ujian pantas itu untuk memasukkan keputusan dan ia dapat mengelakkan berlaku penipuan sebegini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Sebelum ini, tular di Facebook rakaman video keputusan kit ujian pantas menunjukkan tanda positif apabila diuji menggunakan sampel air paip sekali gus membolehkan individu menipu keputusan saringan COVID-19.
Dr Hanafiah menjelaskan, sekiranya hanya kit ujian pantas yang diluluskan digunakan untuk pengesanan maka penipuan keputusan demi kepentingan diri itu dapat dicegah daripada berlaku.
Katanya, punca keputusan kit ujian pantas memaparkan keputusan positif COVID-19 dalam video tular sebelum ini disebabkan kit tiada kelulusan KKM.
BACA: Kit ujian COVID-19 guna air paip boleh positif? Ini jawapan doktor
“Kit yang tak lulus KKM itu kalau kita lalukan air di atasnya akan tunjukkan keputusan positif. Sebab itu, KKM perlu keluarkan senarai nama RTK Antigen yang diluluskan atau dibenarkan sekali gus memastikan keputusan dimuat naik ke dalam MySejahtera tepat,” ujarnya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan kerana dalam peralihan negara ke fasa endemik, kejujuran dan tanggungjawab sosial rakyat sangat diperlukan.
“Hati-hati dengan karma. Kalau kita menipu konon kita positif COVID-19, tak mustahil perkara itu benar-benar berlaku nanti,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Feb 21 2022

KKM disaran mengeluarkan senarai jenama Kit Ujian Pantas Antigen (RTK Antigen) COVID-19 yang diluluskan bagi mengelak penipuan keputusan positif COVID-19. (Gambar kecil: Dr Hanafiah Bashirun) - Foto Sinar Harian
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

Tidak perlu ujian RT-PCR kepada individu pernah dijangkiti COVID-19 untuk masuk Brunei
Setiap individu yang masuk ke Brunei Darussalam dan pernah dijangkiti COVID-19 serta mempunyai bukti jangkitan akan dikecualikan daripada menjalani ujian saringan RT-PCR berkuat kuasa 1 April ini.

Bukan saja nak cipta 'content', buat ujian saringan pun kena marah - Janna Nick
Menurut Janna, dia sendiri sudah dapat mengagak dirinya dijangkiti kerana mengalami beberapa simptom seperti sakit tekak dan badan selain demam.

KKM perlu senarai jenama RTK Antigen diluluskan
Jenama berkenaan perlu disenaraikan dalam aplikasi MySejahtera untuk rujukan orang ramai terutama pekerja dan majikan.

COVID-19: Majlis keagamaan cetus satu kluster baharu di Sabah
Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di daerah Kuala Penyu, Sabah dengan 24 kes positif dilaporkan termasuk empat kes baharu hari ini.

COVID-19: AS labur AS$1 bilion untuk kit ujian pantas
Ia penambahan kepada rancangan pembelian RTK Antigen bernilai AS$2 bilion yang diumumkan pada September.

RTK Antigen air liur tidak diterima, perlu dibuat di fasiliti kesihatan - JPBN Sarawak
Setiap individu perlu melakukan ujian saringan COVID-19 di klinik atau makmal kesihatan dan bukan dilakukan secara kendiri untuk dimuat naik ke dalam sistem EnterSarawak.

Tiga lagi kit ujian kendiri COVID-19 diluluskan
Kesemua kit berkenaan boleh dijual untuk kegunaan orang awam.

Sarawak perluas penggunaan RTK Antigen - Pengarah Kesihatan Negeri
Langkah itu dibuat susulan jumlah kes positif baharu harian tertinggi dicatatkan di Sarawak semalam dengan 5,291 kes.

Harga borong kit ujian pantas antigen RM16, harga runcit RM19.90 - KPDNHEP
Harga siling itu berkuat kuasa 5 Sept ini, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

COVID-19: Tiga hari tempoh sah laku ujian calitan untuk rentas daerah Zon Selatan - JPBN Sarawak
Keputusan ini berkuat kuasa mulai hari ini di Zon Selatan merangkumi Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.