Kementerian Kesihatan (KKM) sedang giat mengesan punca jangkitan COVID-19 membabitkan seorang pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Kedah.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelajar tersebut telah dikesan positif selepas KKM melakukan saringan terhadap 271 pelajar yang bakal dihantar pulang ke Sabah dan Sarawak.
Setakat ini, mangsa telah diasingkan dan pengesanan hubungan aktif di antara kenalan rapat turut dijalankan.
“Setakat ini, kami sudah mengenalpasti sembilan daripada mereka.
“Jadi, ini merupakan kes yang dikesan melalui ujian saringan. Sekarang, bagaimana pelajar itu dijangkiti, masih lagi dalam siasatan.
“Ini kerana, Kedah merupakan Zon Hijau, jadi saya fikir sama ada ia berhubung rapat dengan rakan-rakan (atau sebaliknya), kami masih belum dapat pastikan.
“Biarkan kami jalankan siasatan sebelum kami membuat pengumuman berhubung perkara tersebut,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.