GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan semua individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera akan diberi tarikh janji temu untuk vaksinasi.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang memberikan jaminan itu menyeru orang ramai agar tidak bimbang serta gusar kerana kerajaan telah membeli vaksin yang mencukupi untuk semua, dan jumlah bekalan vaksin yang dijadualkan tiba di negara ini pada Julai ini adalah dalam kuantiti besar.
"Asalkan nama mereka ada di situ (MySejahtera), mereka tidak perlu risau... semua akan dapat vaksin," katanya dalam merujuk kepada kebimbangan orang ramai berhubung tarikh janji temu yang masih belum dapat walaupun telah sekian lama berdaftar dalam aplikasi MySejahtera," katanya.
Beliau yang ditemui selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Hospital Pantai, di sini, hari ini seterusnya meminta semua hospital swasta, klinik perubatan am swasta (GP) dan klinik pakar swasta untuk mendaftar sebagai PPV.
Katanya, sasaran negara adalah 75 hospital swasta beroperasi sebagai PPV dalam bulan ini namun hanya 67 hospital yang telah beroperasi setakat ini dengan tujuh daripadanya di Pulau Pinang.
"Setakat ini, 67 hospital swasta dan 441 GP telah mula beroperasi sebagai PPV dan kami memang menyeru lebih banyak hospital dan GP swasta untuk tampil membantu kerajaan dalam usaha pemberian vaksin," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 18 2021

Orang ramai yang telah mendaftar dengan aplikasi MySejahtera tidak perlu bimbang serta gusar kerana kerajaan telah membeli vaksin yang mencukupi untuk semua. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Program Imunisasi Influenza warga emas bermula 18 Feb
Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Feb ini.

Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.

MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini

Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.

Janji temu rawatan pergigian melalui MySejahtera - KKM
KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.

COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.