KLUANG: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) meminta syarikat telekomunikasi melabur semula dan menaik taraf liputan dan perkhidmatan telekomunikasi supaya menjadi lebih berkualiti.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata syarikat telekomunikasi perlu lebih serius dalam perkara berkenaan untuk kepentingan pengguna.
"Saya mahu telcos (syarikat telekomunikasi) semua lebih serius untuk melabur. Tolong melabur semula, walaupun saya tahu (mereka) kena bayar dividen kepada pemegang saham dan mendapat keuntungan tinggi, tetapi tolong bersikap adil terhadap pengguna," katanya kepada pemberita hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Zon Tengah di FELDA Kahang Barat di sini, Annuar berkata bagi tujuan itu, KKMM bercadang mengadakan perjumpaan dengan pengurusan tertinggi setiap syarikat telekomunikasi bagi perbincangan lanjut.
Beliau berkata berdasarkan laporan diterima daripada syarikat telekomunikasi, rangkaian liputan di Malaysia berada pada tahap 98 peratus tetapi masih terdapat pengguna mengalami masalah liputan yang teruk.
"Kita mahu tengok ada perkhidmatan yang baik daripada semua telco yang kita lesenkan. Dan saya mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat audit, semak prestasi perkhidmatan telco kerana undang-undang membolehkan kita mendenda, kompaun syarikat yang tidak memenuhi apa yang ditetapkan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata KKMM bercadang menambah sekurang-kurangnya 15 hingga 20 unit peranti di semua PEDi seluruh negara sebagai nilai tambah selain meningkatkan lagi kebolehgunaan dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti ekonomi digital.
"Sekarang ini ada 20 komputer meja, jadi pengguna terhad kepada 20 pada satu-satu masa. Kalau ada lagi 15 hingga 20 tablet, komuniti boleh gunakan di sini atau pinjam bawa balik untuk menggalakkan mereka membuat aktiviti susulan kerana prosedur operasi standard tidak boleh ramai di dalam pusat," katanya.
Setakat ini, Johor sudah memiliki 87 PEDi termasuk tiga PEDi baharu sedang dalam proses pelaksanaan iaitu di Kampung Pagoh di Muar, Pulau Penarek di Tangkak dan FELDA Linggiu di Kota Tinggi selain 11 lagi masih dalam perancangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022

Annuar (kiri) mendengar penerangan semasa melawat bilik komputer pada majlis Pelancaran PEDi Kahang Barat di Felda Kahang Barat hari ini. - Bernama

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.

Malaysia terajui usaha ASEAN rangka urus tadbir digital, telekomunikasi - Fahmi
Fahmi turut menyatakan cita-cita Malaysia untuk mengetuai dialog global tentang mengemudi peningkatan kesalinghubungan yang semakin rumit.

Sisa berkaitan digital melonjak 30 peratus kepada 10.5 juta tan di peringkat global - PBB
Tiga pengeluar utama sisa itu pada 2022 ialah China (20.9 peratus), Amerika Syarikat (13.9 peratus) dan Kesatuan Eropah (12 peratus).

Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.

Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.

Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia - Teo
Pemilihan Starlink itu dilakukan memandangkan terdapat kesukaran untuk melakukan pemasangan gentian optik.

CelcomDigi perkenal logo korporat baharu, aspirasi jadi jenama dipercayai
CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) memperkenalkan logo korporat baharunya selepas 10 bulan penggabungan antara Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd (Digi).

Maxis rekod keuntungan bersih RM1.181 bilion pada 2022
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Maxis berkata keuntungan pada tahun lepas merosot 9.7 peratus disebabkan Cukai Makmur yang dikenakan tahun tersebut.

'Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja'
Katanya, usaha itu perlu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan juga NGO.

Liputan 5G negara hampir cecah 50 peratus, lepasi sasaran awal 40 peratus - DNB
Rangkaian itu kini mencapai 15 juta penduduk melibatkan 3,900 tapak dan bakal capai lebih 30 juta orang serta perniagaan apabila dilaksana sepenuhnya.

Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan
Kerajaan negeri bekerjasama dengan telco untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular di kawasan luar bandar.