KUALA LUMPUR:Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dipergiatkan lagi pada tahun hadapan bagi mengurangkan jurang digital dan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti serta inklusif, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata ia akan dilakukan terutama di tempat bercapaian paling lemah seperti kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Katanya pandemik COVID-19 secara langsung mempercepatkan transformasi pendigitalan dengan penggunaan teknologi digital dan perkhidmatan Internet oleh semua lapisan masyarakat dalam semua aspek termasuk perniagaan, perkhidmatan, pendidikan, komunikasi serta hiburan.
"Kerajaan juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk merealisasikan polisi kerajaan mengiktiraf infrastruktur telekomunikasi sebagai utiliti awam seperti air dan elektrik," menurutnya dalam perutusan tahun baharu beliau, 'Tahun 2021 Mara Ke Hadapan' pada Khamis.
Saifuddin berkata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan meneruskan inisiatif berpaksikan kemakmuran bersama untuk rakyat dan seterusnya mencapai cita-cita Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.
"Malaysia akan turut mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN yang pertama (ADGMIN1) pada 21 hingga 22 Jan 2021 selain memperkukuhkan infrastruktur keselamatan siber negara yang berpandukan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024," katanya.
Penganjuran Anugerah Nasyid Kebangsaan dan Antarabangsa yang bakal menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan pembangunan karya nasyid akan turut direncanakan.
Selain itu, Saifuddin berkata KKMM akan meningkatkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan komuniti yang selama ini agak terpinggir seperti golongan kurang upaya (OKU) serta Orang Asli.
"Unit Komunikasi OKU yang diketuai oleh warga OKU akan diwujudkan mulai 2021. Kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam memastikan semua komunikasi kerajaan sampai ke setiap warga Orang Asli.
"Selain itu, komunikasi komuniti luar bandar juga akan ditambah baik di setiap daerah dengan kerjasama pemimpin tempatan," katanya.
Saifuddin turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan mereka melawan pandemik COVID-19.
"Marilah kita bersama-sama memulakan tahun 2021 untuk bangkit, berpadu tenaga dan berusaha mendepani cabaran masa hadapan bagi mencapai kejayaan membina kesejahteraan negara ke arah Malaysia Prihatin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020

Saifuddin berkata KKMM akan meningkatkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan komuniti yang selama ini agak terpinggir seperti golongan kurang upaya (OKU) serta Orang Asli. - Bernama
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.