KUANTAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang berusaha mendapatkan kebenaran agar aktiviti penggambaran di dalam studio dibenarkan apabila negara berada dalam Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri berkenaan Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata cadangan itu tertakluk kepada studio yang diberikan kelulusan sahaja bagi memudahkan aspek pematuhan dan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) serta keselamatan yang menjadi agenda utama membanteras penularan wabak COVID-19.
"Kita mempunyai studio yang boleh digunakan termasuk di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Selangor, Johor dan Sarawak selain ada beberapa syarikat produksi yang mempunyai kemudahan itu memberi keizinan menggunakan studio mereka.
"Jumlahnya (studio) tidak banyak namun sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka bernafas kerana di sebalik penggambaran, ada ramai di belakang tabir," katanya pada sidang media Pembentangan Kad Laporan Ahli Parlimen Indera Mahkota 2020 secara dalam talian di sini hari ini.
Berdasarkan ketetapan sebelum ini, aktiviti penggambaran hanya dibenarkan beroperasi apabila negara berada pada Fasa Tiga PPN iaitu apabila purata kes harian COVID-19 kurang 2,000 kes, penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) berada pada paras mencukupi dan kadar vaksinasi ialah sebanyak 40 peratus.
Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan sewajarnya.
Selain itu, cadangan supaya peralihan fasa PPN dibuat mengikut negeri, menurut Saifuddin ia dapat membantu industi seni kreatif jika terdapat studio bersesuaian di negeri berkenaan yang boleh dipertimbangkan bagi aktiviti penggambaran tertakluk kepada syarat dan SOP ditetapkan.
Saifuddin juga memaklumkan setakat ini, lebih kurang RM250 juta diperuntukkan bagi membantu mereka dalam industri seni kreatif yang terkesan, dengan RM100 juta di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Pada perkembangan lain, Saifuddin berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan kempen bendera putih sebagai tanda meminta pertolongan kerana kehabisan stok makanan dan berharap mereka mengibarkannya di lokasi sesuai dan bukannya di tiang elektrik yang boleh membahayakan diri.
"Kita cuba untuk membantu sesiapa sahaja dan mereka boleh menyampaikan permohonan (meminta bantuan) dengan pelbagai cara. Malah menjadi kelaziman apabila kita mengedarkan bantuan ke rumah, kita sentiasa membawa lebih supaya dapat diedarkan terus jika terjumpa mereka dalam kesusahan," katanya.
Saifuddin berkata selain data di pejabat khidmatnya, mereka juga menerima permohonan bantuan melalui panggilan telefon atau maklumat orang ramai, pemimpin setempat atau parti politik selain turut mengalu-alukan mereka datang ke pejabatnya di Indera Mahkota 8 di sini.
"Kami mempunyai gerobok asnaf yang diisi dengan makanan asas. Kami juga membantu mana-mana pihak yang memerlukan barangan selain makanan seperti lampin pakai buang atau susu bayi dan mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021

Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan sewajarnya. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.