KUALA LUMPUR: Sistem pembayaran tol 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dapat dilaksanakan pada 2025, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata sistem berkenaan masih lagi dalam proses perundingan bersama syarikat konsesi lebuh raya, namun pihaknya berharap agar mendapat persetujuan lebih awal dengan syarikat konsensi yang terlibat, supaya sistem MLFF itu dapat dilaksanakan lebih cepat pada penghujung 2024.
"Pelbagai lagi perkara berkaitan perlu diperhalusi, sebab ia melibatkan syarikat konsesi yang banyak serta melibatkan dari segi perundangan, segi kawal selia, persediaan membangunkan sistem itu dan teknologi yang terlibat," katanya dalam rancangan temu bual Naratif Khas yang bertajuk OPS: Pengurusan Trafik Efisien dan Moden di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam Isnin.
Beliau berkata sistem MLFF tersebut, akan lebih memudahkan pembayaran pengguna lebuh raya dengan menggunakan sistem tol gantri yang dilengkapi dengan kamera pengesan.
Pada 27 Mac lepas, Nanta telah mengumumkan Lebuh raya Sungai Besi (Besraya) telah terpilih sebagai lokasi bukti konsep (POC) MLFF yang pertama, yang akan dilaksanakan pada penghujung Oktober 2023.
Sementara itu, beliau berkata Lebuh raya Maju Expressway (MEX) dan rangkaian lebuh raya di bawah IJM Corporation Bhd (IJM), akan memulakan sistem pembayaran tol OPS atau sistem pembayaran terbuka pada September ini, sebelum ia diperluaskan kepada 10 lagi syarikat konsesi yang terlibat.
"OPS ini dapat memberikan pilihan pembayaran (tol) kepada pengguna dengan lebih fleksibel, kerana ia boleh dibayar menggunakan kad debit, kad Visa ataupun Mastercard. Akan datang, kita (Kementerian Kerja Raya) akan mengambil kira pembayaran e-Wallet," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Nanta berkata sistem MLFF tersebut, akan lebih memudahkan pembayaran pengguna lebuh raya dengan menggunakan sistem tol gantri yang dilengkapi dengan kamera pengesan. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

PAC mula prosiding isu MLFF pada sidang Parlimen akan datang
PAC bercadang memulakan prosiding berhubung pengurusan pelaksanaan projek Sistem Tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat.

MLFF dirancang kerajaan terdahulu, KKR teliti semua aspek pelaksanaan - Alexander
KKR dan LLM sedang meneliti semua aspek melibatkan pelaksanaan MLFF seperti dirancang kerajaan terdahulu yang bermula pada tahun 2021.

KKR pantau penggunaan RFID, kaji amalan terbaik penggunaan MLFF
Abdul Rahman berkata, Kerajaan sedang masih dalam proses kajian mengenai MLFF, dan menjangkakan ujian percubaan pada 2024 untuk melihat kesesuaian kaedah tersebut.

KKR jangka sistem tol MLFF dapat dilaksanakan pada 2025
Sistem pembayaran tol 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dapat dilaksanakan pada 2025, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Sistem pembayaran terbuka kutipan tol dilaksanakan di 12 plaza tol bermula September ini
Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang dijangka bermula September ini akan melibatkan 12 lebuh raya bagi memudahkan proses pembayaran tol untuk pengguna lebuh raya.

Indonesia sasar mansuh tol tradisional hujung 2023
MLFF menggunakan teknologi sistem satelit navigasi global (GNSS), dan membolehkan transaksi dilakukan melalui aplikasi telefon pintar.