Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang mengkaji kaedah dan pendekatan bagi mempercepatkan proses pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo susulan keadaan semasa projek mega itu.
Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pendekatan 'catch up plan' itu akan dibawa dan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.
Tegasnya, keputusan membatalkan rakan pelaksana projek (PDP) yang diputuskan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini akan dihormati dan diputuskan.
"Perkara ini belum dimuktamadkan. Ia akan dibawa ke mesyuarat Kabient terlebih dahulu jika terdapat perubahan dari segi dasar dan kaedah pelaksanaan," katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah projek naik taraf laluan Jalan Datuk Mohd Musa di Kota Samarahan pada Sabtu.
Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini merangkumi 936 kilometer di Sarawak manakala 727 kilometer di Sabah.
Bagi Sarawak tambah Fadillah, projek diteruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri selepas keputusan menamatkan perkhidmatan PDP.
"JKR Sarawak telah dilantik untuk menjadi pelaksana utama kepada projek ini, dan JKR Malaysia menjadi pemantau kepada projek ini.... sebab itu kita berbincang dengan JKR Sarawak kaedah untuk mempercepatkan projek ini.
"Pelaksanaan Pan Borneo tertangguh apabila PDP dibatalkan dahulu selain COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara ini sudah pasti memberi kesan kepada fasa akhir pembinaan," katanya.
Astro Awani
Sat Jun 27 2020

pendekatan 'catch up plan' itu akan dibawa dan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MATEPM 2024 rai pencapaian unggul TVET negara
Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) kembali lagi untuk merai dan mengiktiraf pencapaian individu cemerlang dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah
Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo, kata Fadillah.

PRN Johor: GPS tidak akan campur tangan - Fadillah
Jelas Fadillah sebagai GPS juga tidak boleh terlibat selaku menteri ataupun membawa kementerian untuk terlibat sama dalam pilihan raya.

NCP 2030: Digitalisasi sektor pembinaan, usaha perkasa konsep infrastrukur lestari
Bertemakan "Digitalasi Sektor Pembinaan", Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan ia adalah seiring dengan usaha meningkatkan kepenggunaan teknologi.

PBB sentiasa sediakan kuota 10 peratus untuk muka baharu - Fadillah
Menurut Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof, parti itu sentiasa membuka ruang kepada calon baharu dalam PRN Sarawak.

Tidak mudah hapus tol, perlu penelitian menyeluruh - Fadillah
Ini kerana ia akan memberi implikasi besar kepada negara, terutama melibatkan dana serta proses penyelenggaraan sekiranya ia dapat dilaksana

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 'Jangan buat spekulasi' - Menteri Kerja Raya
Fadillah mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berkenaan kejadian dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Hentikan perebutan kuasa, fokus usaha tangani COVID-19 - Fadillah Yusof
Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa agar penentuan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu dapat dimuktamadkan secepat mungkin.

Beri peluang GPS terus majukan Sarawak - Fadillah Yusof
Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan rakyat Sarawak untuk terus memberikan mandat dan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Elak pergi tempat sesak, praktikkan amalan kebersihan diri - Fadillah Yusof
Rakyat Sarawak diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan keselamatan ditetapkan bagi mengekang peningkatan kes baharu COVID-19 di negeri itu.