KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa memantau perkembangan industri pembinaan khususnya melibatkan isu kenaikan harga bahan binaan dan bahan mentah serta kesannya ke atas kontraktor.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penelitian perlu dilakukan daripada pelbagai sudut sebelum pertimbangan atau pengenalan dasar dibuat kerajaan.
"Penelitian perlu dilakukan daripada pelbagai sudut antaranya indeks kos bahan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia yang akan merekodkan sebarang peningkatan dan penurunan kos binaan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai inisiatif kerajaan dalam membantu kontraktor ekoran kenaikan harga jentera dan bahan disebabkan kenaikan harga barang khasnya kepada kontraktor yang diberikan tawaran kerja sebelum kenaikan harga diesel.
Alexander berkata terdapat kemungkinan industri pembinaan terkena tempias susulan langkah pengapungan diesel namun masih terlalu awal untuk menganggarkan peratusan kenaikan kos dalam industri berkenaan.
Menjawab soalan asal Roslan berhubung sama ada kementerian bercadang menaikkan had nilai kerja kontraktor G1 daripada RM200,000 kepada RM250,000 atau RM300,000 dan G2 kepada RM600,000 memandangkan harga barang yang semakin meningkat, Alexander berkata perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Alexander berkata penelitian perlu dilakukan daripada pelbagai sudut sebelum pertimbangan atau pengenalan dasar dibuat kerajaan. - Gambar fail

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.

NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.