KUALA LUMPUR: Kerajaan harus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terjejas dengan tekanan kos sara hidup.
Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH), Datuk Seri Dr KK Chai berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) melaporkan lebih 10,507 individu berusia 25 hingga 34 tahun diisytihar muflis.
Menurutnya, kebanyakan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 55 tahun ke bawah pula dilaporkan mempunyai wang simpanan yang rendah iaitu kurang RM10,000 dalam akaun mereka.
"Situasi itu membimbangkan. Ini dihadapi rakyat sepanjang tempoh tiga tahun kesan penularan COVID-19.
"Kerajaan harus melaksanakan inisiatif membantu rakyat dalam Bajet 2023 susulan tekanan kos sara hidup kini amat menjejaskan kehidupan seharian rakyat," katanya sempena Majlis Pelancaran Pejabat Baru KLCAH di Maju Link Bandar Tasik Selatan pada Ahad.
Majlis turut dimeriahkan dengan sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2023 yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau yakin pentadbiran di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mampu membawa kestabilan dan keharmonian ke arah Malaysia yang lebih baik.
"Kita tidak patut membuang masa dengan membangkitkan isu perkauman dan perkara sensitif yang boleh mempengaruhi keyakinan pelabur dan pelancong yang akhirnya merugikan kita sendiri.
"Saya harap semangat perpaduan dan persefahaman antara kaum dapat dikekalkan dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sama-sama membangunkan negara," katanya.
Mengenai KLCAH, beliau berkata, KLCAH meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun ini dan telah berpindah ke pejabat baharu di Maju Link, Bandar Tasik Selatan.
"Hartanah ini bernilai RM1.09 juta dengan jumlah keseluruhan selepas diubah suai adalah RM1.5 juta. Lokasi ini strategik kerana bersebelahan dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
"Kami menyediakan ruang pejabat yang selesa di mana orang ramai dapat menganjurkan majlis sosial, mesyuarat, seminar, aktiviti pelancaran dan lain-lain," katanya.
Malah katanya, pejabat baharu itu juga boleh berfungsi sebagai pusat operasi untuk ahli KLCAH menyalurkan bantuan kewangan dan menganjurkan program kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 06 2023

KK Chai (dua dari kiri) dan Fahmi (tiga dari kiri) bersama tetamu khas menggaul yee sang sempena sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina KLCAH pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

KLCAH harap kerajaan bantu rakyat hadapi tekanan kos sara hidup
KLCAH meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun ini dan telah berpindah ke pejabat baharu di Maju Link, Bandar Tasik Selatan.

TPM Ahmad Zahid puji semangat tekun masyarakat Cina tingkat taraf hidup
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji semangat ketekunan masyarakat Cina negara ini dalam usaha mereka meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.