KUALA LUMPUR: Jumlah kluster pendidikan COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) mencatatkan 367 kluster pendidikan sejak 1 Jan hingga 19 Feb lepas, dan daripada jumlah itu 346 kluster masih aktif manakala 21 kluster telah tamat.
Beliau berkata walaupun terdapat trend penurunan kluster pendidikan pada ME 5/2022 disebabkan cuti sambutan Tahun Baru Cina, namun trend ini dilihat kembali meningkat pada ME 6/2022 dan ME 7/2022 berkadaran dengan peningkatan kes yang ketara di seluruh negara.
Katanya negeri yang merekodkan kluster pendidikan paling tinggi ialah Kelantan (54 kluster), diikuti Selangor (49 kluster), Pahang (38 kluster), Kuala Lumpur (37 kluster), dan Sabah (34 kluster).
"Siasatan mendapati 328 kluster iaitu 89.4 peratus dengan kes indeks merupakan pelajar, manakala 31 kluster (8.5 peratus) merupakan kes indeks guru atau pensyarah. Selain itu enam kluster (1.6 peratus) dengan kes indeks daripada kalangan kakitangan sokongan pusat pendidikan berkenaan, dan dua kluster (0.6 peratus) dengan keluarga sebagai kes indeks," katanya.
Dr Noor Hisham berkata majoriti kes yang dilaporkan adalah kategori bergejala ringan atau tiada gejala.
"Sebanyak 12,579 kes (76.54 peratus) kategori dua, 3,850 kes (23.4 peratus) kategori satu dan 35 kes ( 0.2 peratus) dari kategori tiga dan empat dan kesemua kes telah mendapatkan rawatan serta dalam keaadaan stabil.
"Kesemua 257 sekolah yang terlibat adalah daripada pelbagai agensi iaitu Kementerian Pendidikan (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Maahad Tahfiz dan lain-lain," katanya.
Dr Noor Hisham berkata sehingga 19 Feb lepas, 232 kluster membabitkan sekolah menengah dan 25 kluster sekolah rendah masih aktif.
"Daripada jumlah tersebut 107 sekolah telah tutup sementara untuk pembersihan dan dijadikan tempat kuarantin, dan 150 sekolah hanya memerlukan penutupan kelas sahaja.
"Hasil siasatan mendapati punca utama berlakunya jangkitan dan penularan COVID-19 disebabkan beberapa faktor. Antaranya ketidakpatuhan pada SOP, pergerakan pelajar yang bebas dan pergaulan rapat semasa pelajar di asrama serta beberapa faktor lain," katanya.
Beliau mencadangkan sebagai penambahbaikan, semua yang terlibat dalam kumpulan ini melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara berkala, mengenal pasti pelajar yang bergejala dengan cepat serta memastikan pengudaraan di semua kawasan berada dalam keadaan yang optimum.
Sementara itu, CPRC Kebangsaan melaporkan sejak 25 Jan 2020 hingga 19 Feb 2022 sebanyak 6,704 kluster dikesan, melibatkan 538,554 kes, dengan 6,212 kluster telah tamat dan hanya 492 kluster yang masih aktif.
Pecahan kes kluster tertinggi direkodkan di tempat kerja (58.71 peratus), komuniti (20.54 peratus), pusat tahanan (7.63 peratus), pendidikan (6.83 peratus), dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022

Negeri yang merekodkan kluster pendidikan paling tinggi ialah Kelantan (54 kluster), diikuti Selangor (49 kluster), Pahang (38 kluster), Kuala Lumpur (37 kluster), dan Sabah (34 kluster). - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kluster Pendidikan: Khairy minta KPM, kementerian terlibat ketatkan SOP di sekolah asrama
Pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal mungkin sukar dilaksana di sekolah asrama namun peringatan perlu terus disampaikan kepada pelajar.

Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham
Jumlah kluster pendidikan COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.

COVID-19: KKM, KPM perhalusi pengelasan sub kluster pendidikan - Dr Adham
KKM dan KPM sedang memperhalusi pengkelasan sub kluster pendidikan mengikut agensi atau kementerian yang bertanggungjawab.

COVID-19: Peningkatan kes jangkitan di sekolah harus dipandang serius - Fahmi Fadzil
Beliau turut berpandangan jika sekolah ditutup, pelajar akan mengalami kekangan lain seperti sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Lonjakan kes COVID-19 berlaku dari komuniti, sektor tertentu - Pakar
Zainal tidak menolak kemungkinan kes positif yang berlaku sejak Mac berpunca daripada pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial.

Kongres Maruah Melayu: Mansuhkan sekolah vernakular, perkasakan sekolah kebangsaan
Hanya sekolah satu aliran sahaja boleh memupuk integrasi nasional dalam kalangan generasi seterusnya, yang bakal mewarisi negara ini.