JOHOR BAHRU: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor menafikan dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan berkaitan pembaikan air tandak seperti dilaporkan sebuah portal berita pada Rabu.
Jakoa Johor dalam kenyataan memaklumkan kampung itu telah menerima bekalan air pelbagai sumber (tube well) yang dibangunkan oleh Jakoa, malah jabatan itu juga sedang menaik taraf sistem bekalan elektrik di sistem rawatan air di kampung berkenaan.
Menurut Jakoa Johor kontraktor penyelenggaraan juga telah melantik Tok Batin Ahcai untuk menyelia sistem berkenaan setiap hari dengan bayaran RM400 setiap bulan bagi memastikan sistem rawatan air beroperasi dengan baik.
"Jakoa Johor ingin memperbetulkan salah tanggapan berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan.
"Kampung tersebut telah menerima bekalan air pelbagai sumber yang dibangunkan oleh Jakoa dan bekalan air tandak sedia ada telah dibangunkan sendiri oleh penduduk kampung yang diketuai Tok Batin Ahcai, bertujuan untuk kegunaan mereka," menurut kenyataan itu.
Jakoa Johor memaklumkan penduduk terbabit juga menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 daripada kontraktor penyelenggaraan sistem rawatan air bagi membaik pulih sistem tandak itu.
"Jakoa sentiasa memastikan penduduk Kampung Orang Asli Selai tidak ketinggalan daripada menerima pembangunan seperti perkampungan Orang Asli Johor yang lain.
"Kampung Orang Asli Selai mempunyai 64 ketua keluarga dengan jumlah penduduk seramai 226 orang. Kampung itu dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik TNB, jalan premix serta bekalan air daripada pelbagai sumber," menurut kenyataan itu.
Semalam portal berkenaan melaporkan penduduk Kampung Orang Asli Selai terpaksa menggunakan kayu dan batu dalam usaha membaiki paip serta kolam takungan (tandak) air mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
![KOA Selai tidak dipinggirkan, telah terima bekalan air pelbagai sumber - Jakoa KOA Selai tidak dipinggirkan, telah terima bekalan air pelbagai sumber - Jakoa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712846864_TBJAKOA.jpg)
Jakoa Johor ingin memperbetulkan salah tanggapan berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733569289_MohdZolkaflyHarun.jpg)
Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.
![Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733224599_AnthonyLokeSiewF.jpg)
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.
![JAKOA peruntuk lebih RM200,000 untuk bantuan MTL JAKOA peruntuk lebih RM200,000 untuk bantuan MTL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730086957_tbSapiahMohdNor.jpg)
JAKOA peruntuk lebih RM200,000 untuk bantuan MTL
Ketika ini, 1,644 pembekalan bakul makanan telah dibuat manakala vendor yang dilantik telah bersiap siaga dan sentiasa di dalam mod bersedia.
![72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco 72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732876416_ZolkaflyHarun.jpg)
72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco
Sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 Kampung Orang Asli (KOA) telah diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak setakat ini.
![MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730802696_JAKOA.jpg)
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
![Mahkamah Rayuan benar 137 Orang Asli cabar penukaran agama Mahkamah Rayuan benar 137 Orang Asli cabar penukaran agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728378031_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah Rayuan benar 137 Orang Asli cabar penukaran agama
Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan agar saman sekumpulan 137 Orang Asli untuk membatalkan status agama Islam mereka, yang sebelum ini ditolak, dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi Kuantan.
![JAKOA akan terus bantu, beri sokongan kepada keluarga Nuraina Humaira - Rubiah Wang JAKOA akan terus bantu, beri sokongan kepada keluarga Nuraina Humaira - Rubiah Wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724143049_RubiahWang.jpg)
JAKOA akan terus bantu, beri sokongan kepada keluarga Nuraina Humaira - Rubiah Wang
JAKOA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan terus memberikan sokongan dan khidmat bantuan kepada keluarga Allahyarham Nuraina Humaira yang ditemui mati Sabtu lalu.
![JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689566319_SapiahMohdNor.jpg)
JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang
JAKOA menafikan dakwaan bahawa isu air di Gua Musang melibatkan perkampungan Orang Asli berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyelenggara sistem rawatan air yang disediakan.
![JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721640547_SapiahMohdNor.jpg)
JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli
JAKOA mengehadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda kepada badan bukan kerajaan untuk ke kawasan pedalaman Orang Asli terutamanya pada musim tengkujuh.
![Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709286153_TBRAMLIMOHDNOR.jpg)
Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli
Ramli akan membawa usul pindaan kebajikan Orang Asli ke dalam Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pengurusan tanah dan ekonomi.