KUALA LUMPUR: Ucapan kemenangan Khairul Aming selepas dinobatkan sebagai 'Creator Of The Year' dalam TikTok Awards Malaysia yang julung kali diadakan pada Ahad mengundang perbualan hangat di media sosial.
Ramai yang bersetuju dengan pesanan dititipkan beliau kepada anak-anak muda yang bercita-cita untuk menjadi pencipta kandungan ('content creator').
Dalam ucapan ringkas malam tadi, Khairul Aming memberikan pemahaman yang sangat jelas kepada anak muda bahawa biar setinggi langit sekalipun hasrat dan keinginan untuk menjadi personaliti media sosial, apa yang perlu diutamakan mereka ialah menghabiskan pengajian terlebih dahulu.
“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” kata Khairul Aming, pempengaruh yang sentiasa menjadi perhatian khalayak netizen setiap kali tiba bulan Ramadan kerana resepi-resepi ilham beliau yang dikongsi di media sosial.
Apa makna di sebalik pesanan ini?
Kita semua tahu bahawa trend menjadi pencipta kandungan bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan pemuda pemudi di seluruh dunia.
Ramai yang beranggapan menjadi pencipta kandungan ini sebagai satu 'kerja mudah' yang boleh menjana pendapatan lumayan.
Paling merisaukan, dapatan daripada sistem eProfil Kerjaya Murid (ePKM) pada 2021 mendapati seramai 180,680 atau 48.74 peratus pelajar lepasan SPM memilih untuk tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pada tahun 2020 pula, sejumlah 115,939 orang pelajar lepasan SPM atau 35.16 peratus tidak berminat menyambung pelajaran.
Hal ini disokong pula oleh beberapa pempengaruh media sosial yang turut 'berkempen' mengatakan bahawa tidak perlu belajar tinggi untuk berjaya.
Mungkin ada kebenarannya di sebalik kejayaan beberapa pempengaruh media sosial yang telah melalui proses hidup yang cukup bagi membolehkan mereka mencapai 'kejayaan' pada definisi mereka.
Hakikatnya, menjadi pempengaruh ini turut datang bersama 'pakej kebertanggungjawaban' yang tinggi seiring dengan kuasa yang mereka ada.
Apa kata Khairul Aming?
Sebaik sahaja tamat siaran langsung TikTok Awards Malaysia, Astro AWANI berkesempatan bertemu Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman untuk menggali cerita di sebalik ucapan.
Secara peribadi, Khairul Aming yang berusia 33 tahun berpendapat, beliau risau akan trend yang terwujud dalam kalangan pengikutnya yang lebih muda.
"Mereka ada keinginan untuk belajar, tetapi pada masa sama, mereka juga mahu cepat jadi viral.
"Saya terpaksa mengumpul kekuatan sebelum mengungkapkan mesej berkenaan sebentar tadi (ketika diumum sebagai pemenang).
"Bagi saya, biarlah apa orang kata, yang penting saya mahu anak Malaysia yang lebih hebat mencipta kandungan yang menginspirasikan buat semua pengguna," jelas Khairul Aming yang mempunyai jumlah pengikut seramai 3.7 juta orang di akaun Instagram.
Apa yang kita boleh belajar daripada Khairul Aming?
Untuk mencipta jenama seperti Khairul Aming, beliau perlukan sehingga lapan tahun untuk menjadikannya hebat seperti yang anda kenal ketika ini.
Tidak sekadar berjaya mencipta fenomena dalam perihal masakan, namun, apa yang mengagumkan juga ialah, beliau berjaya meneroka peluang baharu dalam dunia perniagaan.
Selain itu, menerusi kandungan yang dikongsi Khairul Aming di media sosial terutama sekali pada bulan Ramadan, golongan yang jarang ke dapur atau tidak tahu memasak sekalipun, terdorong mencuba resepi ilhamnya dan mengambil inisiatif mencipta kandungan bagi dimuat naik ke akaun media sosial masing-masing.
Demikian sekali, pengaruh besar Khairul Aming dalam persekitaran media sosial tanah air.
Di sebalik budaya baharu cetusan Khairul Aming, terdapat tiga perkara penting yang boleh kita pelajari daripada kejayaan beliau itu:
1. Pengurusan kewangan
Untuk memulakan bisnes secara dalam talian, hal pengurusan kewangan menjadi topik paling utama malah kemahiran ini perlu dikuasai sebaiknya bagi mengelak sebarang kecelakaan dalam kehidupan anda!
Khairul Aming mungkin bermula sebagai pencipta kandungan dan dikenali sebagai 'creator masak memasak'.
Tetapi, keupayaannya menguruskan hal kewangan ketika jualannya tiba-tiba mencanak wajar kita pelajari agar tidak lupa diri ketika berjaya mengaut keuntungan serta-merta hasil tertularnya kandungan kita di mana-mana platform media sosial.
2. Berani dan unik
Khairul Aming sentiasa berani untuk menyuntik mesej-mesej kehidupan menerusi video masakannya.
Kalau anda pernah ikuti cerita tentang senduk kayu yang menjadi inspirasinya, pasti anda tahu betapa beraninya Khairul Aming berkongsi kisah sebatang senduk di celah-celah video makanannya yang menggiurkan ketika bulan Ramadan.
Paling berani, apabila beliau sedia untuk berkongsi cerita percutiannya bersama pasukan Sambal Nyet di Langkawi.
3. Konsisten
Salah satu resipi kejayaan seorang pencipta kandungan adalah untuk menghasilkan kandungan secara konsisten.
Ini bukan sahaja untuk keperluan teknikal serta algoritma media sosial, malah kandungan yang konsisten juga membolehkan pengikut mudah faham akan mesej yang ingin kita sampaikan.
Senang cakap, untuk menjadi content creator memang kelihatan mudah, hakikatnya, banyak kerja di sebalik tabir dituntut selain banyak kemahiran yang perlu dikuasai untuk menjadi pencipta kandungan yang berpengaruh dan berjaya.
Realitinya, Malaysia senditi sudah melahirkan ramai pempengaruh berjaya, justeru, sudah tiba masanya untuk kita belajar daripada mereka.
* Hilal Azmi merupakan Ketua Editor, Media Sosial dan Penstriman Mikro Astro AWANI.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hilal Azmi
Sun Aug 27 2023
![[KOLUMNIS] Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia? [KOLUMNIS] Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693163790_TBKhairulAming.jpg)
Pesana Khairul Aming buat anak muda, habiskan dahulu pengajian sebelum meneruskan minat dan cita-cita untuk menjadi bintang dalam dunia penciptaan kandungan. - Foto TikTok Malaysia

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Khairul Aming risau kecanggihan teknologi buat pelajar generasi kini hilang fokus
"Takut terbiasa main telefon, bila tengok buku otak jadi tidak berfungsi. Attention span dia dah rosak."

Khairul Aming rebah sebaik selesai misi bantuan banjir
Selepas bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Kelantan, pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming disyaki rebah akibat kepenatan.

Syed Saddiq nafi minta Khairul Aming buat audit banjir
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak dakwaan berhubung isu amaran yang dikeluarkannya terhadap pempengaruh, Khairul Aming untuk melakukan audit laporan kewangan banjir.

Banjir: Usahawan Khairul Aming harap sumbangan berterusan ke pusat pengumpulan
Usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Amin Kamarulzaman berharap pelbagai pihak akan terus meyumbang barangan keperluan mangsa banjir.

Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu saya lakukan” - Khairul Aming
Resah berganda dan tidur Khairul Aming tidak lena memikirkan nasib mangsa-mangsa banjir di bumi kelahirannya, Kelantan Darul Naim.

Skil dibandingkan, Chef Wan tak dengki dengan pencapaian Khairul Aming
Chef Wan menzahirkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.

PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.

Khairul Aming dedah kos hasilkan video masakan di New Zealand
Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan tiga orang sepanjang menghasilkan video masakan di New Zealand.

Kisah manis Khairul Aming masak roti jala bersama Perdana Menteri New Zealand
Rezeki Khairul Aming diundang bertemu Perdana Menteri Christopher Luxon yang berada di Malaysia sempena lawatan rasmi.

Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.