ISU penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia telah menjadi topik perbincangan hangat dan telah dibangkitkan oleh media-media tempatan minggu ini.
Ia dilihat bukan hanya sebagai cerminan tetapi juga peringatan bahawa dasar monopoli tidak seharusnya diteruskan, terutama melibatkan bekalan keperluan harian pengguna.
Monopoli dalam pasaran gula bermaksud hanya satu syarikat atau kumpulan syarikat yang menguasai pasaran gula di negara ini.
Ia sekali gus memberi mereka kuasa untuk menetapkan harga dan mengawal bekalan gula di pasaran.
Memetik rencana di Sinar Harian, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Wan Mohd Farid Wan Zakaria berkata kerajaan perlu menghapuskan monopoli pasaran gula di negara ini bagi mewujudkan persaingan serta mengatasi masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga pada masa hadapan.
Beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya dipegang industri kritikal seperti gula, sebaliknya menggalakkan persaingan dan fokus untuk membina kapasiti supaya menyokong perkembangan industri dan memaksimumkan potensi.
Beberapa masalah biasa yang dikaitkan dengan isu monopoli dalam pasaran Malaysia hari ini ialah syarikat mempunyai keupayaan untuk menetapkan harga tanpa menghadapi persaingan yang ketara.
Ini bermakna mereka boleh menaikkan harga gula tanpa perlu bimbang tentang persaingan daripada syarikat lain. Ini boleh menyebabkan harga gula menjadi lebih tinggi daripada yang sepatutnya.
Dalam situasi ini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mempunyai peranan penting dalam mengawasi pasaran gula di Malaysia.
Malah, suruhanjaya itu juga telah memberi peringatan kepada semua pemain dalam industri gula, dari huluan ke hiliran, termasuk pengeluar dan pemborong, untuk menilai semula tindakan atau dasar mereka bagi memastikan aktiviti mereka adalah selaras dengan undang-undang yang berkaitan terutamanya Akta Persaingan 2010 (Akta).
Pengumpulan stok secara berlebihan bagi tujuan pengawalan akses pasaran dan saluran bagi pembekalan dan/atau penjualan gula oleh sekumpulan pemain gula atau pemain gula dominan boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan tegas di bawah Seksyen 4(2)(c) untuk mana-mana kumpulan dan Seksyen 10(2)(b) Akta untuk mana-mana pemain dominan.
MyCC juga ingin menekankan bahawa pengenaan syarat-syarat seperti mengikat atau menggabungkan (tying or bundling) kepada pembekalan dan/atau penjualan gula oleh mana-mana pemain utama pada mana-mana peringkat pasaran juga adalah pelanggaran di bawah Seksyen 10(2)(e) Akta tersebut.
Selain itu, Seksyen 10(2)(c) Akta Persaingan 2010 melarang mana-mana pemain utama dalam pasaran gula terlibat dengan perlakuan keengganan untuk membekal atau menjual kepada mana-mana pembeli dengan sengaja.
Malah, MyCC turut mengingatkan bahawa amalan-amalan itu dipantau rapat dan suruhanjaya itu komited untuk mengambil tindakan yang bersesuaian bagi melindungi persaingan dalam pasaran, termasuk melindungi kepentingan pengguna.
Dengan penghapusan monopoli gula di pasaran, diharapkan persaingan terbuka antara beberapa syarikat akan mewujudkan ekosistem ekonomi lebih kondusif dan memberi manfaat besar kepada orang ramai sebagai pengguna akhir.
Ini juga akan memberi insentif kepada syarikat untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran, yang seterusnya akan menurunkan harga gula di pasaran.
Kesimpulannya, penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
Ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.
*Penulis merupakan Editor Multiplatform, Meja Bisnes, Ekonomi dan Perniagaan di Astro AWANI yang banyak memfokuskan isu berkaitan polisi ekonomi rakyat dan kepenggunaan.
**Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jun 28 2023
![[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir [KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687926483_Bekalangula.jpg)
Dengan penghapusan monopoli gula di pasaran, diharapkan persaingan terbuka antara beberapa syarikat akan mewujudkan ekosistem ekonomi lebih kondusif dan memberi manfaat besar kepada orang ramai.- Gambar hiasan/BERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
![[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir [KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687926483_Bekalangula.jpg)
[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir
Penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.