MELIHAT kepada surat sokongan anggota Suruhanjaya Pencegahah Rasuah (SPRM) kepada bos mereka, maka pada pendapat saya, demi keadilan dan ketelusan pentadbiran negara ini, saya ingin mencadangkan seluruh kepimpinan SPRM disemak semula dan sebolehnya dirombak.
Bagaimana mungkin mereka boleh membuat keputusan awal bahawa bos mereka menjadi mangsa politik padahal siasatan belum dibuat dan cara beliau menafikan sebelum ini juga tidak masuk akal.
Mereka sepatutnya bersuara tegas bahawa "demi menjaga maruah SPRM, kami menuntut satu siasatan adil dan telus dijalankan." Itu sahaja, tanpa memberikan pembelaan awal dalam hal yang majoriti mempertikaikannya.
Malang sekali jika badan tertinggi yang diamanahkan oleh negara untuk menghapuskan rasuah bersuara dengan tidak profesional dan janggal dalam isu rasuah yang menjadi tugasan utama dan pertama mereka.
Kenyataan bos mereka bahawa akaunnya digunakan oleh adiknya jelas sangat ganjil dan pelik.
SPRM sepatutnya pihak yang paling sensitif. Mereka yang sepatutnya tegas membuat kenyataan bahawa hal ini wajib disiasat sehabis habisnya.
Justeru, menjadi kewajipan semua yang berakal dalam negara ini bangkit menentang rasuah dalam negara ini.
Menentang rasuah adalah kewajipan agama yang besar. Para agamawan wajar bangkit menentang hal ini melebihi kesibukan mereka membincangkan isu dosa-dosa peribadi individu yang berlaku antara seseorang dengan tuhannya.
Dosa rasuah membabitkan dosa seseorang dengan Allah dan manusia. Minum arak contohnya, memang haram dan salah.
Namun, dalam banyak keadaan ia antara individu dengan tuhannya. Taubat boleh dilakukan antara dia
sendirian dengan Allah.
Namun rasuah adalah dosa yang menjahanamkan negara, membawa ketidakadilan dan penindasan ke atas orang lain.
Kita wajib bangkit dan tentang bersama. Taubat rasuah ialah dengan memohon keampunan Allah dan kemaafan awam.
Negara ini jika gagal tangani isu ini bererti kita di tahap korupsi yang sangat tenat.
* Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin ialah Mufti negeri Perlis.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohd Asri Zainul Abidin
Sun Jan 09 2022
SPRM sepatutnya pihak yang paling sensitif. Mereka yang sepatutnya tegas membuat kenyataan bahawa hal ini wajib disiasat sehabis habisnya.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
AWANI Tonight 15 Jan 2025
AWANI Tonight with @fayekwan_
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik
Kepemimpinan dalam kalangan mahasiswa memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara.
[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan
Dari menjaga keamanan dan kestabilan hingga melaksanakan tugas kemanusiaan, pasukan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh konflik.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
[KOLUMNIS] Mengemudi bisnes di era digital: Adaptasi atau ketinggalan?
Walaupun teknologi digital menawarkan banyak peluang, tidak dinafikan ia juga datang dengan cabaran.
[KOLUMNIS] Kenaikan gaji minimum RM1,700: Peluang atau cabaran untuk syarikat?
Walaupun kenaikan gaji minimum sering dianggap sebagai beban oleh majikan, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti.