Di Malaysia, politik dan sistem ekonomi sebahagian besarnya didorong dan terlalu bergantung kepada nepotisme, terutama dalam bentuk “politik wang” dan kronisme. Politik wang, dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk lain (misalnya, kontrak kerajaan), merupakan penjelmaan dan pencirian bagaimana korupsi begitu berakar dan “termaktub” dalam masyarakat kita.
Namun, satu isu yang belum mendapat liputan dan perhatian yang sewajarnya adalah hubungan antara badan amal atau badan sosial yang juga dikenali sebagai yayasan dengan penaung politik mereka.
Yayasan tidak bersifat keuntungan dan oleh itu harus diuruskan sebegitu walaupun didaftarkan sebagai syarikat/entiti korporat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) kalau bukan seperti biasanya di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
C4 (Pusat Memerangi Korupsi & Kronisme) dalam satu laporan mengejutkan mengenai pertalian khusus antara yayasan dan pembiayaan/pendanaan politik – “Yayasan dan Sumbangan: Pembiayaan Politik, Rasuah, dan Pengejaran Kuasa” (Prof E Terence Gomez & Lalitha Kunaratnam) – telah membongkar sejauh mana pengaturan sedemikian meresap ke dalam budaya dan sistem politik kita.
Laporan setebal 57 halaman itu penuh dengan bukti mengenai kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pencarian sumber, penggunaan dan tujuan dana yang mengalir ke yayasan dibentuk elit politik yang berkenaan.
Oleh kerana kurangnya kekangan, penyalahgunaan dana terbuka luas. Seperti yang dinyatakan kenyataan media C4, “persimpangan antara yayasan dan sumbangan politik menjadi rentan bagi pengaturan quid pro quo [sesuatu untuk sesuatu], yang bermaksud sistem itu sendiri rentan terhadap rasuah oleh mereka yang berkuasa”. Sudah tentu, ini termasuk yayasan yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk tujuan agenda pemerkasaan bumiputera.
Dan ada pula kes secara langsung melibatkan pecah amanah jenayah (CBT). Sebagai contoh, pendakwaan terhadap Nasharuddin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden Pas dan bekas Ahli Parlimen Yan di Kedah serta Bachok di Kelantan) telah diteruskan dengan 17 tuduhan CBT dan tiga tuduhan pengubahan wang haram walaupun beliau dibebaskan tanpa lepas pertuduhan (DNAA) bagi 16 tuduhan CBT yang lain (lihat ms. 53-56).
Laporan ini juga menjejak semula asal-usul yayasan sebagai wadah khas untuk “dana rahsia” dari 1980-an ketika politik wang mulai muncul di bawah tajaan korporat dan samaran penswastaan sebagai sebahagian daripada keseluruhan dasar untuk mempercepatkan perindustrian negara dan memastikan pembentukan komuniti komersial dan industri bumiputera (BCIC) (ms. 5).
Sebagai contoh, konsesi (iaitu, pemberian kontrak kerajaan) diberikan secara langsung kepada proksi swasta terpilih yang mana benefisiari atau pemilik sebenarnya adalah parti pemerintah Umno ketika itu.
Oleh itu, seperti juga adanya GLC yang digunakan untuk menyalurkan sumbangan dana, terdapat juga syarikat berkaitan Umno (ULC) yang berfungsi sebagai saluran untuk sumber dana rahsia parti itu. Dari amalan sebegini yang melibatkan hubungan antara politik dan perniagaan (korporat), yayasan-yayasan juga terjerat dalam orbit naungan politik.
Sebagai ulasan ringkas, menurut laporan itu, pengajaran yang dapat diambil daripada kes-kes mahkamah yang sedang berjalan melibatkan golongan elit pemerintah yang terkemuka, antara lain, adalah:
• salah guna yayasan keluarga yang dikendalikan sebagai penyorok yang sesuai untuk kepentingan peribadi;
• memegang kuasa mutlak ke atas yayasan dalam kapasiti mereka sebagai ahli kabinet;
• tiada ketelusan sepenuhnya, mis., tiada perlakuan audit;
• dalam kebanyakan kes, sumbangan derma tidak pun digunakan untuk tujuan politik parti yang tulen, mis., untuk menampung kos kakitangan sepenuh masa dan perbelanjaan lain; dan
• kecuali ahli politik yang berkenaan, ahli parti yang lain tidak mengetahui kewujudan sumbangan tersebut.
Dan kalau pun bukan begitu, pengetahuan terhad/terbatas dan tidak merangkumi penjejakan dan pengesanan perbelanjaan berikutnya. Ini bermaksud bahawa dana rahsia mungkin berpunca daripada unsur rasuah. Dengan kata lain, dana tersebut bukan merupakan sumbangan derma pada mulanya tetapi mempunyai tujuan quid pro quo atau rasuah (mendapatkan manfaat melalui pemberian wang tunai).
Kita perlu bergerak ke arah membudayakan pendanaan politik yang lebih telus walaupun kita tidak dapat mengharapkan, secara realistik, pembasmian sepenuhnya amalan dan budaya “perniagaan memberi sumbangan kepada politik”, termasuk paling tidak dalam konteks yayasan.
Oleh itu, masalahnya adalah amalan rasuah dan, dengan itu, cara terbaik adalah mengawal dan mengurangkan penyalahgunaan.
Kes-kes mahkamah telah menunjukkan bahawa kita hanya memerlukan iltizam dan tekad politik untuk mendakwa kesalahan tersebut. Sudah tentu, pencegahan lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, mungkin jauh lebih baik untuk:
• hadkan jumlah yayasan (mis., hanya maksima tiga) yang dapat ditubuhkan dan dikendalikan ahli politik, ahli keluarga dan individu yang berkaitan dengan (ahli) politik;
• menubuhkan “ombudsman” (pegawai bebas pengaruh yang memainkan peranan sebagai penyiasat dan pemantau) atau juruaudit yang berperanan untuk mengaudit dan memantau aliran dana ke yayasan dan perbelanjaan serta bertindak ke atas penyelewengan dan aduan; dan bahawa laporan-laporan boleh diakses dalam talian (oleh orang umum);
• mewajibkan di bawah undang-undang (misalnya di bawah Undang-Undang Pembiayaan Politik sebagaimana disarankan C4) agar penyata kewangan yayasan tersedia boleh diakses dalam talian oleh orang umum.
Secara lebih luas, Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) kini mendorong peraturan yang menetapkan pendedahan sumber dana politik melebihi RM10,000. Bagi menambahbaik cadangan dasar ini, lapisan tabir/kerudung korporat yang digunakan untuk menutupi identiti pemegang dana – sebagai taktik biasa - harus dilawan dengan syarat wajib bagi pendedahan pemilikan bermanfaat. Pada masa yang sama, langkah yang dicadangkan ini akan memperkuat dan memperkasakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Kegiatan Tidak Sah/Amla (2001) dan Akta Perbankan & Institusi Kewangan/Bafia (1989).
Tidak kurang juga, kita harus serius mencontohi model pendanaan politik di negara lain. Di Jerman, pemerintah menyediakan dana untuk parti politik semasa pilihan raya. Undang-Undang Parti Politik (1967) di negara Jerman menetapkan bahawa pemerintah membiayai parti-parti dalam aktiviti umum masing-masing, dan kriteria pengagihan dana awam bergantung pada prestasi para parti di Parlimen Eropah, Bundestag (parlimen persekutuan) dan Landtag (parlimen negeri).
Pembiayaan awam akan mengurangi ketergantungan parti-parti politik terhadap sumbangan korporat, sehingga mampu mencegah pengaruh keterlaluan dalam pembuatan dasar. Sistem ini juga memastikan bahawa pemerintah dan wakil rakyat bekhidmat untuk kepentingan umum serta menegakkan budaya demokrasi. Namun, sistem pendanaan politik yang bergantung sepenuhnya kepada pembayar cukai tidak bersesuaian dan hakikatnya tidak dapat dilaksanakan.
Dalam analisis terakhir, pendekatan yang betul mungkin adalah mencari atau mencapai keseimbangan yang tepat – dengan tujuan utama membasmi amalan rasuah.
* Jason Loh Seong Wei merupakan Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR Research.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Jason Loh Seong Wei
Fri May 21 2021
![[KOLUMNIS] Reformasikan budaya pendanaan politik kita agar lebih telus [KOLUMNIS] Reformasikan budaya pendanaan politik kita agar lebih telus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619073229_corruption.jpg)
Pendekatan yang betul mungkin adalah dengan mencari atau mencapai keseimbangan yang tepat, bertujuan membasmi amalan rasuah. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara SSM Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak di Jalan Basco Kepayang, di Ipoh.

Syarikat, pengarah didakwa tawar syer keutamaan kepada orang awam bernilai RM15 juta
Sebuah syarikat dan pengarahnya didakwa datas empat pertuduhan penawaran syer 'Islamic Redeemable Preference Share (iRPS)' kepada orang awam.

Liberty Technology Resources diarah bayar RM14.39 juta kepada SSM
Perjanjian bagi pembangunan projek itu telah ditandatangani antara SSM dan LTRSB pada 13 Sept, 2017.

Penipuan pelaburan: Lebih 100 mangsa serah penyataan tambahan kepada SSM
Lebih 100 mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan dipercayai mencecah RM1 bilion menghantar penyataan tambahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Isu tular: Kod etika pakaian adalah amalan baik, sudah lama dilaksana - SSM
SSM mengulas mengenai insiden seorang pelanggan wanita yang tidak dibenarkan memasuki pejabat SSM di Ipoh atas faktor pakaian.

Tiada peruntukan khusus kepada Yayasan Kepimpinan Perdana - Armizan
Katanya, yayasan itu berstatus 'existing' di dalam Daftar Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga kini.

SSM rangka pindaan undang-undang, bantu syarikat terbeban akibat COVID-19
RUU itu mencerminkan komitmen SSM untuk memperkasa dan menambahbaik kerangka perundangan sedia ada berkaitan rehabilitasi korporat.

Lebih 8.5 juta perniagaan, 1.4 juta syarikat berdaftar dengan SSM
Kejayaan itu disumbang usaha Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mentransformasikan proses pendigitalan bagi mendaftarkan pelbagai entiti perniagaan.

Malaysia perlu undang-undang mengenai pemilikan benefisiari - SPRM
Menurutnya, sepanjang 37 tahun berkhidmat sebagai pegawai pencegahan rasuah, beliau menyaksikan bagaimana penyelewengan dan aktiviti rasuah berkembang.