KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan bertindak secara tidak adil dalam mengeluarkan kompaun terhadap seorang wanita kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera ketika menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Annas Sulaiman berkata, pihaknya mendapati wanita berusia 20-an itu tidak mengimbas kod QR MySejahtera ketika hendak menaiki bas walaupun telah dinasihatkan oleh pemandu bas berkenaan.
"Wanita itu hanya membuat imbasan Kod QR MySejahtera ketika di perhentian TBS dan tidak mengimbas kod QR MySejahtera semasa menaiki bas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Annas berkata, pihaknya telah mengeluarkan kompaun kepada wanita itu setelah membuat pemeriksaan di dalam bas tersebut.
"Kita turut melakukan pemeriksaan terhadap penumpang lain dan mendapati kesemua mereka telah mengimbas kod QR MySejahtera.
"Wanita itu dikenakan kompaun kerana telah melanggar SOP Pengangkutan Awam yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada 13 Januari lalu," katanya.
Dalam pada itu, Annas turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara.
"Semua individu seharusnya memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha memerangi penularan COVID-19," katanya.
Berita asal: Polis nafi bertindak tidak adil keluar kompaun
Sinar Harian
Wed Apr 28 2021
Wanita berusia 20-an itu tidak mengimbas kod QR MySejahtera ketika hendak menaiki bas walaupun telah dinasihatkan oleh pemandu bas berkenaan. -Gambar hiasan
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
75 kes dengan kompaun RM8,600 dikesan sepanjang SHMMP Krismas - KPDN
Kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara.
'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.
Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta.
KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.
Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.
Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.
Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai
Kesedaran awam masih rendah dan ada yang membuang putung rokok di merata tempat.
Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.
DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).
Isu lalat: JPVPP tegas, konsisten jalankan penguatkuasaan
JPVPP keluarkan enam kompaun antara 19 Feb dan 30 April ke atas ladang unggas yang melakukan kesalahan berkaitan masalah lalat dan berenga.