KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menghadiahkan komputer tablet kepada wartawan cilik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 11, yang tular baru-baru ini menerusi video laporannya mengenai kemunculan ular sawa di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.
Berkongsi keterujaan menonton laporan Muhammad Haziq, Annuar dalam hantaran di Twitter hari ini berkata; "Kesungguhan dan kebolehan adik Haziq perlu digalakkan jadi saya menghadiahkan sebuah gajet buat beliau. Belajar rajin-rajin!"
Menerusi hantaran sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pos Malaysia serta berkongsi beberapa gambar termasuk gambar Muhammad Haziq menerima hadiah itu daripada petugas Pos Malaysia.
Terdahulu, kanak-kanak lelaki itu tular menerusi laporan 'lintas langsung' kemunculan reptilia berkenaan di dalam longkang di sebuah pasar awam di Bukit Selambau dalam klip video berdurasi dua minit 47 saat yang disiarkan di laman Facebook secara langsung.
BACA: "Saya Muhammad Haziq melaporkan dari Bukit Selambau...
Bernama
Sat Jan 29 2022

Annuar turut mengucapkan terima kasih kepada Pos Malaysia serta berkongsi beberapa gambar termasuk gambar Muhammad Haziq menerima hadiah itu daripada petugas Pos Malaysia. - Gambar/ Twitter @AnnuarMusa
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

'Sampai tak sempat nak masak sebab sibuk' - Haziq terima tunjuk ajar bidang kulinari
Masanya agak terhad kerana sering menerima jemputan dan kehadiran pelbagai pihak yang ingin bertemu dengannya.

Terlalu banyak permintaan 'review' produk, ada kala Haziq 'stress' - Ibu
Adik Muhammad Haziq mula menjadi perhatian usahawan-usahawan dan syarikat-syarikat yang memasarkan produk mereka.

Perdana Menteri tunai impian 'wartawan cilik'
Impian 'wartawan cilik' Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Sungai Petani yang ingin bertemu dan menemu ramah Perdana Menteri menjadi kenyataan hari ini.

Hasrat tercapai, 'wartawan cilik' tak sabar temu bual PM petang ini
Perdana Menteri mengambil kesempatan meluangkan masa bertemu Muhammad Haziq di sebuah hotel di Alor Setar, hari ini.

'Wartawan cilik' tanam impian temu ramah Perdana Menteri
Muhammad Haziq raih perhatian netizen selepas videonya melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam, tular baru-baru ini.

Komputer tablet buat wartawan cilik Muhammad Haziq
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menghadiahkan komputer tablet kepada wartawan cilik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 11.

"Saya Muhammad Haziq melaporkan dari Bukit Selambau..."
Laporan ular sawa yang 'amat besar' dan 'amat dahsyat' masyhurkan kanak-kanak berusia 12 tahun, Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Kedah.

Jana Tamimi, wartawan cilik Palestin
Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu menggunakan telefon pintar untuk merakamkan laporan mengenai penindasan Israel ke atas Palestin.