NABAWAN: Ketiadaan perhidmatan telekomunikasi dan sistem pengangkutan selain jalan terputus, merupakan cabaran getir terpaksa dihadapi bagi menghantar bekalan makanan ke kawasan terpencil Pensiangan dekat sini, yang terputus hubungan akibat tanah runtuh sejak 5 Sept lalu.
Ketua Forces Of Love (FOL) Sabah, sebuah badan bukan kerajaan Then Chun Tak berkata perkara itu juga telah menyebabkan kerja-kerja pengumpulan data mengenai penduduk yang memerlukan bantuan serta laporan kejadian itu menjadi amat sukar dan lambat.
Beliau berkata ini kerana kesemua perkara itu, perlu dilakukan secara manual dengan menaiki bot selain berjalan kaki dari kampung ke kampung.
"Pasukan di lapangan juga bergantung kepada internet sekolah dan klinik kesihatan untuk membantu penghantaran maklumat, atau pun perlu turun ke Pekan Pensiangan untuk mendapatkan kemudahan Internet berikutan ketiadaan perkhidmatan telekomunikasi.
"Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan misi bantuan. Penghantaran pertama sebanyak 2.3 tan bahan makanan dilakukan FOL dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan laluan sungai, yang memakan masa perjalanan kira-kira 18 jam pada 12 Sept lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Then berkata penghantaran kedua sebanyak 10.45 tan bahan makanan termasuk lapan tan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan 2.45 tan disumbangkan FOL, pula dihantar menggunakan helikopter JBPM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) semalam.
Beliau berkata bantuan makanan seperti beras, susu, biskut dan makanan dalam tin itu, akan diagihkan kepada keluarga terjejas di beberapa kampung terpencil antaranya Kampung Kabu, Saliliran, Siatu, Simohong, Karampalon, Babayasing, Dobolon, Sibangali dan Pengaraan.
Semalam, media melaporkan JBPM Sabah bersama agensi kerajaan dan NGO, telah menjalankan misi menghantar bantuan bakul makanan menggunakan helikopter kepada kira-kira 500 penduduk di beberapa kampung dekat Pensiangan, yang terputus bekalan susulan tanah runtuh sejak 5 Sept lepas.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Kurup berkata Pejabat Daerah Nabawan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan telah melaksanakan penyelenggaraan serta merta, agar penduduk kampung dapat menggunakan semula jalan tersebut dan menambah kekuatan jentera berat beroperasi pada 8 Sept.
Arthur berkata beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Sept, untuk membentang laporan kerosakan kejadian itu dan anggaran kos pembaikkan diperlukan, dan Perdana Menteri telah meluluskan bantuan kecemasan bagi penyelenggaraan jalan serta pembinaan jambatan baharu.
"Saya amat bersimpati dengan kejadian bencana alam yang berlaku dan saya akan berusaha dengan sedaya upaya bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan jalan, untuk kemudahan masyarakat di kawasan tersebut.
"Saya berterima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kecemasan dan turut mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan," katanya.
Beliau berkata pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung dengan Pegawai Daerah Nabawan Peter Jiton selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, bagi tujuan penyelarasan serta memastikan bantuan tersebut sampai kepada penerima.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
![Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695874355_TBJalanterputus.jpg)
Then berkata perkara itu juga telah menyebabkan kerja-kerja pengumpulan data mengenai penduduk yang memerlukan bantuan serta laporan kejadian itu menjadi amat sukar dan lambat. - Gambar fail/Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan dan keletihan selepas bencana sejak 1995 Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan dan keletihan selepas bencana sejak 1995](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737240520_TBjapanquake.jpg)
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan dan keletihan selepas bencana sejak 1995
Jumlah sebenar kematian berkaitan bencana dipercayai lebih tinggi daripada yang didaftarkan, kerana keluarga perlu memohon untuk mendapat penetapan itu.
![Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736676623_kalimantanbanjir.jpg)
Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
BNPB dalam kemas kini pada Ahad mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.
![Kerugian bencana alam global 2024 cecah US$320 bilion - Munich Re Kerugian bencana alam global 2024 cecah US$320 bilion - Munich Re](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736468832_TBPAPUALANDSLIDEjpg.jpg)
Kerugian bencana alam global 2024 cecah US$320 bilion - Munich Re
Ia antara tahun paling mahal dari segi kerugian akibat bencana alam sejak 1980, walaupun setelah diselaraskan dengan inflasi.
![Lelong: Cendawan dari Noto yang dilanda bencana capai harga rekod US$2,200 Lelong: Cendawan dari Noto yang dilanda bencana capai harga rekod US$2,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736459600_TBNototemari.jpg)
Lelong: Cendawan dari Noto yang dilanda bencana capai harga rekod US$2,200
Cendawan dari empat daerah di kawasan Noto mesti memenuhi kriteria untuk dihantar sebagai Nototemari.
![Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736242326_tbearthquakeTibet.jpg)
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
![Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735816402_ZalimanSauli.jpg)
Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir
Universiti di negara ini berupaya untuk memanfaatkan kepakaran mereka bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir sekali gus tampil sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir.
![Kerajaan dicadang integrasikan AI dan IoT sebagai penyelesaian pintar pengurusan bencana banjir Kerajaan dicadang integrasikan AI dan IoT sebagai penyelesaian pintar pengurusan bencana banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733152808_banjir.jpg)
Kerajaan dicadang integrasikan AI dan IoT sebagai penyelesaian pintar pengurusan bencana banjir
Sistem pengesanan banjir pintar yang mampu mengintegrasikan pelbagai sumber data akan mengatasi kelemahan sistem sedia ada.
![Macron lawat Mayotte yang dilanda siklon, hadapi penduduk rayu bantuan segera Macron lawat Mayotte yang dilanda siklon, hadapi penduduk rayu bantuan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734623899_mayotte.jpg)
Macron lawat Mayotte yang dilanda siklon, hadapi penduduk rayu bantuan segera
Siklon pada hujung minggu lepas di kepulauan Perancis itu mengorbankan sekurang-kurangnya 31 nyawa dan ribuan penduduk hilang tempat tinggal.
![Taufan Fengal: Rakyat Malaysia dinasihat elak perjalanan tidak perlu ke Tamil Nadu Taufan Fengal: Rakyat Malaysia dinasihat elak perjalanan tidak perlu ke Tamil Nadu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732959050_TBchennaijpg.jpg)
Taufan Fengal: Rakyat Malaysia dinasihat elak perjalanan tidak perlu ke Tamil Nadu
Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai menggesa pelancong khususnya yang menuju ke Villipuram dan Tiruvannamalai, supaya ambil langkah berjaga-jaga.
![14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember 14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733135266_selatanthailand.jpg)
14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember
Antara wilayah terlibat adalah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Phang Nga, Phuket, Krabi dan Satun.