KOTA TINGGI: Konsep Komuniti ASEAN bagi 20 tahun akan datang antara yang bakal dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Vientiane, Laos bermula minggu depan.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia komited menjayakan Komuniti ASEAN bagi membolehkan negara-negara serantau meningkatkan kerjasama melibatkan pelbagai aspek dalam memastikan pembangunan ekonomi seimbang.
"Pelbagai perkara akan dibincangkan dalam mesyuarat dipengerusikan Laos selaku tuan rumah. Bermula tahun depan, konsep Komuniti ASEAN 10 tahun akan tamat dan Malaysia mahu perkenalkan konsep Komuniti ASEAN 20 tahun bermula 2025 hingga 2045.
"Matlamatnya adalah bagaimana menjadikan ASEAN sebagai satu komuniti besar bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga pembahagian tenaga, kesalinghubungan, infrastruktur dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Felda Sungai Sayong di sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba.
Mohamad berkata ASEAN mampu menjadi blok penting dalam sistem ekonomi global dengan pelbagai kelebihan dimiliki setiap negara anggota.
"Dengan penduduk lebih 600 juta berserta nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kelima terbesar dan bakal menjadi keempat terbesar dunia dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, ini merupakan asas untuk kita bina masa depan sebagai kesatuan negara-negara tetapi masih mempunyai kedaulatan masing-masing.
"Hubungan dan kerjasama baik negara-negara ASEAN penting bagi memastikan keamanan dan ketenteraman di rantau ini tidak tergugat oleh mana-mana negara kuasa besar lain khususnya melibatkan isu kawasan Laut China Selatan," katanya.
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan mesyuarat berkaitan di Vientiane dijadual berlangsung dari 21 hingga 27 Julai ini.
Dalam pada itu Mohamad berkata Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 telah menyusun atur 257 mesyuarat yang tidak hanya tertumpu di ibu negara tetapi melibatkan Johor, Pulang Pinang, Kedah, Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024

Mohamad berkata ASEAN mampu menjadi blok penting dalam sistem ekonomi global dengan pelbagai kelebihan dimiliki setiap negara anggota. - Foto Bernama
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Komuniti ASEAN antara bakal dibincang di Mesyuarat Menteri Luar ASEAN - Mohamad
Konsep Komuniti ASEAN bagi 20 tahun akan datang antara yang bakal dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Vientiane, Laos minggu depan.