GUA MUSANG: Lebih 3,000 komuniti Orang Asli di Gua Musang, Kelantan membantah usaha pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri yang dijangka dilaksanakan kerajaan dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula Mac tahun hadapan.
Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Mustafa Along berkata, projek berkenaan harus dibatalkan sejak awal lagi kerana boleh menjejaskan kehidupan komuniti itu.
Beliau mendakwa lagi, projek empangan itu juga dibimbangi akan memusnahkan kawasan tapak warisan sejarah seperti Gua Cha, sumber air, hasil tanaman dan kawasan perkuburan nenek moyang di kawasan tanah adat.
"Kami meminta supaya empangan itu dihentikan dan selepas ini kami akan menghantar memorandum kepada pihak berkaitan bermula awal bulan April. Niat kami bukan hendak mengganggu sesiapa untuk mencari makan tetapi pada kami apa yang lebih penting kita perlu selamatkan hutan sebab kita tengok hutan semakin sedikit dan 5,000 hektar kawasan itu bukan yang kecil.
"Kami berharap masyarakat di luar, NGO, ahli akademik , ahli politik untuk bekerjasama dalam kempen kami nanti," katanya.
Nada sama diberi komuniti Orang Asli Kampung Angkek, Nora Kantin.
"Kami masyarakat Orang Asli tidak mahu pihak kerajaan membuat empangan sungai Nenggiri di tanah wilayah kami Orang Asli. Apabila mereka membuat empangan Nenggiri, tanah wilayah adat kami akan pupus dan hilang. Saya harap pihak kerajaan membatalkan empangan Sungai Nenggiri di Kelantan," tegasnya.
Sementara itu, komuniti Orang Asli Pos Tohoi, Ahok Duga takut pembinaan empangan itu akan menyebabkan banjir di kawasannya.
"Dia kata empangan itu untuk elak banjir. Itu salah siapa, bukan salah sungai, salah hujan, salah kerajaan sebab habis pokok-pokok ditebang sampai botak.
"Itu sebabnya banjir terus melanda. Kalau kita tengok tahun 60-an, 70an dahulu tidak pernah banjir begitu. Kerana jari manusia memusnahkan hutan, tengoklah sungai keruh jadinya," ujarnya.
Mereka berkata demikian bersama sekumpulan 30 orang penduduk Orang Asli yang membantah projek pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Kampung Jias A, Gua Musang, Kelantan.
Sebelum itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, seramai 1,115 penduduk Orang Asli yang terbabit dengan projek itu akan berpindah sebaik ia dimulakan nanti.
Katanya, kerja-kerja awal akan bermula pada Mac 2022 membabitkan pembinaan penempatan semula Orang Asli termasuk rumah, sekolah dan kemudahan asas yang lain.
Muhafandi Muhamad
Tue Mar 23 2021

Mustafa berkata, projek berkenaan harus dibatalkan sejak awal lagi kerana boleh menjejaskan kehidupan komuniti itu. - Astro AWANI

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu
Kerajaan Johor meluluskan 20 lokasi baharu bagi solat Jumaat berkuat kuasa hari ini, selaras perubahan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad mulai 2025.

Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan RM4.8 juta menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Bina Baharu membabitkan 62 unit rumah di Negeri Sembilan tahun ini.

Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital
Pesakit mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit dan muntah berlarutan selama enam hari.

Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.

Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.

Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal
50 keluarga masih enggan pulang ke rumah masing-masing khususnya yang terletak di kawasan lebih rendah.