ASTANA: Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia memberikan keutamaan kepada komitmen dalam sektor seperti perlombongan, minyak dan gas, tenaga, pembinaan, pelancongan dan barangan pengguna.
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan kemudahan dan sokongan kepada komuniti perniagaan untuk mengembangkan operasi mereka ke luar negara.
"Bagaimanapun, komuniti perniagaan perlu berfikiran terbuka dan giat mencari peluang yang berpotensi di sini," kata beliau dalam ucaptama pada sesi Meja Bulat Pelaburan Kazakhstan-Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri Kazakhstan Olzhas Bektenov.
Selepas perbincangan itu, Anwar dan Bektenov menyaksikan pertukaran empat memorandum persefahaman (MoU).
MoU pertama ditandatangani antara Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Institut Kajian Strategik Kazakhstan manakala MoU kedua antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Dewan Perniagaan Kebangsaan Kazakhstan (Atameken).
MoU ketiga dimeterai oleh syarikat Malaysia Hyrax Oil Sdn Bhd dan Alegeum Electric Company Group manakala MoU keempat melibatkan Berkat OSH Services Sdn Bhd dan APEC Training Center LLP.
Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama antara kedua-dua negara.
Delegasi Malaysia termasuk Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.
Kazakhstan, negara kesembilan terbesar di dunia, mempunyai jumlah penduduk kira-kira 20 juta orang dan lebih 70 peratus daripadanya beragama Islam.
Ia bersempadan dengan Rusia, China, Republik Kyrgyz, Uzbekistan, Turkmenistan dan juga sebahagian besar Laut Kaspia. Eksport utamanya ialah minyak, diikuti gas asli dan komoditi lain. Ia juga merupakan pengeluar utama gandum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia memberikan keutamaan kepada komitmen dalam sektor seperti perlombongan, minyak dan gas, tenaga, pembinaan, pelancongan dan barangan pengguna. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Kerajaan laksana “Project Earth” untuk rombak LTAT dan struktur semula Boustead
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat utamaya, Boustead Holdings Bhd, akan distruktur semula di bawah rancangan baharu yang dikenali sebagai ‘Project Earth’.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.
Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada AS$18.14 bilion - Duta
Perdagangan Malaysia-Vietnam pada 2024 meningkat 4.4 peratus kepada 18.14 bilion Dolar Amerika (RM83.11 bilion), berbanding 17.38 bilion Dolar Amerika pada 2023, menunjukkan pertumbuhan positif dalam hubungan dagangan ASEAN.
Rusia tawar AS teroka logam nadir bumi
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menawarkan peluang kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam meneroka simpanan logam nadir bumi di Rusia serta membekalkan aluminium ke pasaran domestik AS sebagai sebahagian daripada perjanjian ekonomi masa depan.
MITI sasar pertumbuhan pelaburan lulus sebanyak lima peratus
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun 2025.
Malaysia perlu menerajui usaha pengeluaran minyak sawit mampan
Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, mesti menerajui usaha kemampanan dan mengambil langkah berani untuk menjuarai usaha mengeluarkan minyak sawit yang mampan, terutama ketika dunia semakin memberi tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.
Perkembangan sidang media prestasi kewangan PETRONAS
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad bagi memperincikan sidang media pengumuman prestasi kewangan Kumpulan Petronas.
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.
Pengurangan cukai antara langkah sokong PMKS - Abdul Rahman
Pengurangan cukai antara sokongan atau insentif yang diberikan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri semasa tempoh peralihan apabila gaji minimum baharu dilaksanakan.

PM jamin sebarang kenaikan tarif elektrik tidak beban komuniti perniagaan, 85 peratus isi rumah terus dapat subsidi
Anwar berkata sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua 2025 tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan.

Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.

APEC 2024: Anwar ajak komuniti perniagaan Asia Pasifik melabur di Malaysia
Anwar bertukar pandangan dengan komuniti perniagaan dalam kalangan ekonomi APEC dan berkongsi aspirasi Malaysia dengan mereka.

Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan negeri, MPC komited tambah baik peraturan wujud ekosistem perniagaan kondusif di Sabah
Kerajaan Sabah dan MPC komited dalam penambahbaikan peraturan bagi mewujudkan ekosistem perniagaan lebih kondusif ke arah melonjakkan produktiviti.

Sidang kemuncak khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, meraikan 50 tahun hubungan dialog
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, menghimpunkan pemimpin Asia Tenggara dan Australia, pemimpin perniagaan dan komuniti.

Al-Sultan Abdullah main peranan penting lonjakkan ekonomi negara semasa pemerintahan
Penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah bukan sahaja akan dikenang dalam ingatan manis seluruh rakyat malah juga oleh komuniti perniagaan di negara ini.

Jokowi kutuk serangan Israel di Gaza, bimbang dengan krisis kemanusiaan
Presiden Joko Widodo mengulangi pendirian pemerintah Indonesia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

E-invois akan memperkemas sistem cukai, galak ketelusan - NCCIM
E-invois itu juga akan menangani kebocoran hasil akibat daripada urus niaga yang tidak dilaporkan.