PUTRAJAYA: Malaysia akan menahan sebuah kontena dari Los Angeles, Amerika Syarikat yang disyaki mengandungi barang dagangan sisa plastik apabila ia tiba di Pelabuhan Klang Isnin ini (22 Mac).
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima maklumat daripada Sahabat Alam Malaysia pada 12 Mac lepas berhubung satu kontena dari Los Angeles yang disyaki mengandungi sisa plastik.
Kapal tersebut berlepas dari Los Angeles pada 14 Feb lepas (2021) dan dijangka tiba di Pelabuhan Klang pada 22 Mac.
Beliau berkata JAS selaku 'Competent Authority' bagi kawalan sisa plastik merentas sempadan di bawah Konvensyen Basel yang mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2021 mendapati tiada sebarang permohonan pengimportan sisa plastik tersebut diterima dari negara pengeksport.
Tuan Ibrahim berkata JAS telah menghubungi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Westport Malaysia Sdn Bhd dan Unit Kawalan Kontena Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan penahanan kontena tersebut.
Pemeriksaan bersepadu JAS, JKDM, LPK, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan dijalankan sejurus kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang, katanya.
"Saya telah mengarahkan JAS bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat yang berkenaan untuk membanteras kemasukan haram sisa plastik ke Malaysia dari negara tersebut," katanya.
Tuan Ibrahim turut memberi amaran kepada agen pengimport, syarikat kapal dan pengimport yang bersubahat dalam mengimport sebarang sisa terutamanya sisa plastik ke Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 43, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
"Tindakan tegas akan diambil jika mereka gagal mematuhi kriteria dan prosedur pengimportan sisa plastik yang telah ditetapkan oleh Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 20 2021

Pemeriksaan bersepadu akan dijalankan sejurus kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang. - Gambar fail/ Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kontena bawa sisa plastik dari Los Angeles akan ditahan di Pelabuhan Klang Isnin ini
Malaysia akan menahan sebuah kontena dari Los Angeles, Amerika Syarikat yang disyaki mengandungi barang dagangan sisa plastik apabila ia tiba di Pelabuhan Klang Isnin ini (22 Mac).