KUALA LUMPUR: Dua buah kontena yang tiba di Pelabuhan Klang pada Sabtu lepas dari Amerika Syarikat mengandungi barang dagangan sisa plastik jenis polietilena yang bersih, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Sisa plastik tersebut adalah bersih, homogenous dan memenuhi kriteria seperti mana yang telah disyaratkan dalam lesen import sisa plastik (Approved Permit, AP) kepada pengimport,” katanya serta menambah perkara itu disahkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).
Beliau berkata pemeriksaan terhadap kontena berkenaan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, JPSPN, Lembaga Pelabuhan Klang, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Westport Malaysia Sdn Bhd.
Tuan Ibrahim berkata selaku Competent Authority (pihak bertanggungjawab) terhadap Konvensyen Basel, JAS mengesahkan bahawa sisa plastik tersebut mematuhi kriteria B3011 Konvensyen Basel.
“Pengimportan sisa plastik B3011 ini tidak memerlukan prosedur Prior Inform Consent (PIC) dan notikasi daripada negara pengeksport,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Kontena bawa sisa plastik dari Los Angeles akan ditahan di Pelabuhan Klang Isnin ini
Semakan JAS ke atas premis pengimport juga mendapati premis mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan menjalankan aktiviti kitar semula sisa plastik secara Environmental Sound Manner (ESM), katanya.
Pada 20 Mac lepas, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata kontena dari Los Angeles akan ditahan apabila tiba di Pelabuhan Klang susulan maklumat yang diterima JAS daripada Sahabat Alam Malaysia pada 12 Mac lepas berhubung kontena dari Amerika Syarikat yang disyaki mengandungi sisa plastik.
Tuan Ibrahim berkata kerajaan amat menghargai sebarang maklumat awal yang disalurkan oleh mana-mana pihak dalam mendepani cabaran siasatan dan penguatkuasaan pergerakan sisa plastik merentas sempadan ke Malaysia.
"Sebarang cubaan untuk mengimport sebarang sisa ke Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 43, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan berdepan dengan tindakan tegas jika mereka gagal mematuhi perundangan dan prosedur pengimportan yang telah ditetapkan oleh Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021

Tuan Ibrahim berkata selaku pihak bertanggungjawab terhadap Konvensyen Basel, JAS mengesahkan bahawa sisa plastik tersebut mematuhi kriteria B3011 Konvensyen Basel. - Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

10 kontena dari Malaysia berjaya masuk Gaza
Kontena tersebut antara lain berisi tepung gandum, pek penjagaan diri, kotak bantuan dan ubat-ubatan, dibawa masuk secara berperingkat.

Sindiket jadikan pelabuhan transit seludup dadah tumpas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan sindiket penyeludupan dadah terbesar tahun ini melibatkan rampasan bernilai RM12.05 juta.

Mangsa gempa Turki diami 'bandar kontena'
Dianggarkan seramai 1,200 penduduk mendiami 300 kontena berukuran kira-kira 21 meter persegi.

Lelaki maut dihempap kontena
Seorang lelaki maut selepas dihempap kontena dalam satu kejadian di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sentosa, Klang, petang semalam.

Kanak-kanak Bangladesh ditemui dalam kontena di hantar pulang
Seorang kanak-kanak lelaki Bangladesh yang ditemui di dalam sebuah kontena di dermaga Westport, Pelabuhan Klang pada 17 Jan, dihantar pulang ke negara asalnya.

Gempa bumi Turkiye: Kebakaran besar di Pelabuhan Iskenderun
Satu kenyataan daripada Kementerian Pertahanan mengatakan bahawa kebakaran itu telah berjaya dipadamkan.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Terperangkap dalam kontena selepas bermain dengan rakan
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Imigresen serbu penempatan pendatang tanpa izin dalam kontena tiga tingkat
Sebuah penempatan pendatang tanpa izin di dalam kontena tiga tingkat di Brickfields, diserbu Jabatan Imigresen, Sabtu lepas.

Polis tahan lelaki mengamuk atas lori kontena
Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman yang dilaporkan mengamuk di atas sebuah lori kontena di Taman Meru Indah, Klang.