KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kontrak bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur bernilai RM232 juta telah diberikan kepada Syarikat Nepturis Sdn Bhd.
Timbalan Setiausaha Bahagian di Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya (KKR) Mohamed Fauzi Mohamad Hanafiah, 46, berkata menerusi surat daripada Kementerian Kewangan kepada ketua setiausaha KKR pada Mei 2022 menyatakan Menteri Kewangan ketika itu (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) telah bersetuju meluluskan projek terbabit dengan anggaran RM232 juta bagi tempoh 36 bulan.
"Kelulusan ini tertakluk kepada syarat antaranya peruntukan telah diluluskan dan mencukupi bagi projek itu; semua peraturan dan tatacara kewangan yang berkuat kuasa perlu dipatuhi sepenuhnya; harga kontrak RM232 juta perlu diselaraskan berdasarkan persetujuan pihak-pihak (terlibat) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu pastikan syarikat Nepturis bebas daripada sebarang tindakan undang-undang sebelum Surat Setuju Terima (SST) ditandatangan.
"Saya sahkan surat bertarikh 13 Mei 2022 ini telah ditandatangani oleh Datin Rosni Mohd Yusoff daripada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan," katanya.
Saksi pendakwaan keenam itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Berkenaan projek-projek di bawah program Jana Wibawa, Mohamed Fauzi memaklumkan pihak KKR tidak menentukan sebarang projek untuk dimasukkan ke dalam program berkenaan.
"Saya tidak pasti bagaimana penentuan sesuatu projek itu dimasukkan ke dalam program Jana Wibawa. Saya mengesahkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur telah diletakkan di bawah program Jana Wibawa atas pemakluman daripada pihak Kementerian Kewangan kepada JKR dan dimaklumkan kepada pihak KKR," katanya.
Projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) diperkenalkan ketika pentadbiran Perdana Menteri pada masa itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif mempercepat pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik COVID-19.
Kepada soalan tambahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi, saksi itu berkata projek lebuh raya berkenaan yang berada di bawah seliaan KKR akan siap sepenuhnya pada 2027.
Sementara itu, berhubung soalan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Wan Saiful, saksi berkata kesemua projek yang melebihi RM100 juta perlu mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan.
Mohamed Fauzi bersetuju dengan peguam bahawa dalam kes ini, projek Central Spine Road melebihi RM100 juta, jadi keputusan untuk memilih dan melantik kontraktor bagi projek berkenaan dibuat oleh Kementerian Kewangan.
Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta.
Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek terbabit.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022.
Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 20 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024

Wan Saiful didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Kontrak Projek Central Spine Road bernilai RM232 juta diberi kepada Nepturis - Saksi
Berkenaan projek-projek di bawah program Jana Wibawa, Mohamed Fauzi memaklumkan pihak KKR tidak menentukan sebarang projek untuk dimasukkan ke dalam program berkenaan.

Kes 1MDB: Wang RM60.6 juta masuk ke akaun peribadi Najib - Pegawai bank
Sejumlah RM60.6 juta telah dimasukkan ke akaun peribadi AmIslamic Bank milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi dua transaksi pada 2011.

Rasuah institusi automatif: Pelbagai aspek disiasat SPRM
Siasatan itu termasuk membuat siasatan forensik terhadap akaun syarikat yang terlibat di dalam kes berkenaan.

Perbicaraan 1MDB Najib disingkat hari ini kerana Shafee perlu bincang mengenai kesnya esok
Perbicaraan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dihentikan lebih awal hari ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menghentikan prosiding lebih awal.

Rayuan Najib dalam kes SRC selesai, Mahkamah Rayuan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya selepas selesai mendengar rayuan Datuk Ser Najib Razak berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Bekas CEO 1MDB negatif COVID-19, kata TPR
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman, saksi pendakwaan ke-10 dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dilaporkan tidak sihat, disahkan negatif COVID-19.

"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.

Kes dana 1MDB, ini senarai pertuduhan dihadapi Riza Aziz
Mahkamah Sesyen pada Khamis mencapai persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz.

Bekas CEO Garuda Indonesia dihukum penjara 8 tahun
Tuduhan terhadapnya membabitkan pengubahan wang haram berkaitan perolehan pesawat dan enjin daripada syarikat Airbus serta Roll-Royce.

Dipanggil bela diri ... tidak bermaksud bersalah
Seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dirinya dibuktikan bersalah oleh pihak mahkamah di akhir proses perbicaraan.