KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.
Menerusi semakan sistem mahkamah, kes tokoh korporat itu akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.
Menurut sumber yang dihubungi Bernama, beliau bakal berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.
Sumber memaklumkan pembekuan akaun bank itu adalah susulan siasatan SPRM terhadap ahli perniagaan terbabit berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan.
Syarikat itu sebelum ini dianugerahkan kontrak 15 tahun bernilai RM4.5 bilion bagi membekal dan menguruskan fleet kenderaan kerajaan hingga 2037.
Berdasarkan surat jemputan SPRM yang diedarkan hari ini, agensi itu memaklumkan telah mendapat izin untuk mendakwa seorang tokoh korporat di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024

Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.

GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan
Mahkamah Majistret menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes ugutan jenayah, melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan GISB.

Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.

Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.

Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.

Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.