KUALA LUMPUR: Industri pembinaan melalui kumpulan kontraktor kecil dan sederhana boleh menjadi 'faktor pengganda' dalam membantu mengembangkan ekonomi setempat.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelaksanaan projek bukan hanya memastikan kelangsungan kontraktor kecil dan sederhana tetapi juga dapat membantu syarikat pembekal tempatan berkembang.
Katanya pihaknya berharap lebih banyak projek dapat diberikan kepada kontraktor G1, G2, G3, G4, misalnya projek penambahbaikan tandas sekolah dan menaik taraf sekolah daif oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Persatuan Kontraktor Kelas F Bumiputera Malaysia (PERKOBF) dan Planworth Global Factoring Sdn Bhd (Planworth) di sini pada Jumaat.
Pada majlis itu, Plantworth menawarkan pembiayaan hampir RM700 juta kepada kontraktor kelas G1 di seluruh negara.
Dalam pada itu, Ahmad berkata pihaknya menyambut baik cadangan Presiden PERKOBF Tukiman Radion agar lebih banyak projek diberikan secara undian di peringkat daerah dan negeri bagi memastikan kontraktor kelas G1 memperoleh lebih banyak projek.
Katanya secara keseluruhan jumlah kontraktor negara ini ialah 133,500 kontraktor di mana daripada jumlah itu seramai 66,678 merupakan kontraktor kelas G1.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Planworth Datuk Andy Kuek berkata melalui kerjasama itu, Planworth komited untuk memberi lebih banyak sokongan kewangan kepada kontraktor kecil bagi membantu perniagaan mereka.
"Kami mengambil tanggungjawab dan memberi perhatian kepada kontraktor kecil di Malaysia yang turut berperanan penting dalam ekosistem ekonomi negara namun seringkali sukar mendapat bantuan kewangan,"katanya.
Planworth merupakan sebuah institusi kewangan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan e-perolehan untuk membiayai para kontraktor, penjual dan pembekal kepada kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Ahmad (tengah) menyaksikan Elaine Lim (dua, kiri) dan Junida Hani Jamaluddin (dua, kanan) memeterai persefahaman di antara Planworth dengan PERKOBF Malaysia di Pejabat Planworth Global Factoring Sdn Bhd Kuala Lumpur pada Jumaat - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
SC hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.

Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan
Industri pembinaan melalui kumpulan kontraktor kecil dan sederhana boleh menjadi 'faktor pengganda' dalam membantu mengembangkan ekonomi setempat.

Belanjawan 2023: PKBM rayu pakej rangsangan ekonomi kontraktor G1,G2
Golongan itu terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi negara serta harga barangan binaan yang tidak menentu.