Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.42 petang tadi yang memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.
"Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu telah membunuh diri," katanya dilaporkan Bernama di lokasi kejadian di sini, Khamis malam.
Polis turut menemui pistol pasukan dipercayai miliknya di lokasi kejadian.
Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasikasikan sebagai mati mengejut.
