KUALA LUMPUR: Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak akan memberi kesan besar kepada negara ini.
Sebaliknya, Korea Utara yang akan menanggung kerugian, ditambah pula dengan dasar pemencilan yang diamalkan oleh negara itu.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Ahmad Marthada Mohamed berpandangan, Korea Utara bukan sahaja berdepan kesan dalaman, bahkan hilang hubungan baik dengan sebuah negara yang mengamalkan konsep kesederhanaan.
Malaysia juga, katanya, disifatkan sebagai 'orang tengah' kepada Korea Utara dalam perkongsian maklumat termasuk melibatkan dialog dengan Amerika Syarikat (AS).
"Jadi sebab itu kesempatan hubungan baik Malaysia dengan Korea Utara sebelum ini telah digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara besar yang lain untuk memastikan bahawa dialog dan kerjasama terus boleh diadakan.
"Ia bagi memastikan bahawa secara tidak langsung Korea Utara boleh mendapatkan apa-apa maklumat dan pihak luar juga boleh memberikan apa-apa input terutama berkaitan projek nuklear di Korea Utara.
"Namun apabila terputusnya hubungan diplomatik sudah tentu ia memberi kesan bukan sahaja kepada dalaman Korea Utara itu sendiri, bahkan Korea Utara akan rugi kerana tidak ada lagi rakan negara luar yang sangat baik seperti mana kita lihat dalam konteks negara kita yang mengamalkan konsep kesederhanaan," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
BACA: Korea Utara sah putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
BACA: Malaysia tutup pejabat di Pyongyang, semua kakitangan diplomatik Korea Utara diarah pulang
BACA: Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan
Walaupun negara itu mempunyai hubungan di rantau ini termasuk dengan Kemboja dan Laos, beliau berkata, hubungan yang terjalin antara Korea Utara dan Malaysia disifatkan sebagai unik.
Ia termasuk manfaat yang diperolehi dari segi pelancongan, perdagangan dan pendidikan yang menguntungkan Korea Utara.
"Namun, saya lihat antara kesan yang besar sudah tentu lah yang pertama Korea Utara akan kehilangan lagi rakan diplomatik mereka yang mampu menjadi antara tempat tengah yang boleh menyambungkan hubungan antara Korea Utara dengan negara-negara luar dan rantau ini.
"Kalau kita lihat Kemboja dan Laos, dasar mereka lebih kurang sama kerana Laos misalnya regim komunis, ditadbir oleh regim dan parti komunis yang menguasai negara.
"Begitu juga Kemboja, walaupun Hun Sen (Perdana Menteri Kemboja) memerintah Kemboja sebelum ini, namun kita dapati corak pemerintahan itu tidak banyak dengan proses demokrasi dan hak-hak demokrasi yang tidak begitu luas.
"Jadi sudah tentu Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi sepenuhnya, sudah tentu banyak perkara penting yang disalurkan terutamanya kepada Korea Utara bagi memastikan mereka tidak terasing terutamanya di Eropah dan Asia," katanya lagi.
Selain itu, Ahmad Marthada menambah Malaysia perlu bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan khususnya ancaman dari segi keselamatan.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 20 2021

Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak akan memberi kesan besar kepada negara ini, kata Prof Ahmad Marthada Mohamed.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.